Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Monday, August 31, 2009

Kuih Bakar Labu...ish ish ish

Hari Khamis lepas, aku dapat mengular sekejap. Ngam-ngam 12.30 tgh aku keluar. Peluang yang ada aku tak lepaskan. Terus aku telefon akak yang jual kuih bakar tu.

"Kak, kuih bakar labu ada? Saya nak 10 biji..." Tanya aku.
"Labu takde....dah abis" Jawab akak tu.
"Haah..dah abis? Jagung ada?"
"Jagung pun dah abis dik...tinggal pandan je.." Jawab akak tu, selamba je bunyi suara dia, macam dah biasa dengar soalan macam tu.
"Tinggal pandan je? Alahai...ok lah, pandan 10, kejap lagi saya gi amik kat rumah akak. Kat Skudai kiri kan?"
"Ye betul, 10 biji eh?" Akak tu re-confirm.

Masa tu hujan renyai-renyai. Aku sampai kat rumah akak tu betul-betul masa azan Zuhur sedang berkumandang daripada masjid dihadapan rumah akak tu. Aku beri salam. Anak lelaki dia keluar.

"Abang yang order pandan 20 eh?" Tanya anak akak tu.
"Tak la, 10 je."

Perggh...dalam hati aku. Patutla siksa sangat nak dapat labu. Pandan pun ada org order sampai 20 biji. Ingatkan aku order 10 dah kira banyak. Abis tu, berapa ajelah yang tinggal untuk pelanggan yang menunggu di stadium Larkin pukul 2.30 nanti......