Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Wednesday, March 31, 2010

Din Beramboi

Setiap pagi, aku start enjin kereta, keluar dari pagar rumah, aku terus bukak radio Era. Bukan nak dengar lagu sangat pon, cuma nak dengar celoteh dan temberang Din Beramboi & gelak Aznil. Tapi tak lama, sebab jarak rumah dengan ofis tak sampai pun 10 minit. Sempatla dengar Drama Sebabak (ulangan) ataupun Sawancara (pun ulangan). Tapi ulangan pun ulangan la, aku tetap akan gelak punya..walau dah dengar 5 - 6 kali sebelum tu. 

So dek kerana Era suka ulang2  disamping main lagu, info trafik la, whatsoever, kekadang aku pon tak perasan siapa pengacara pagi tu. Pernah juga orang lain cover, tapi suara Din & Aznil keluar juga... That's why bila Din beramboi dah tak keluar 3 -4 hari pon aku tak perasan. Sampaila Buletin Utama malam tadi beritau Din dah koma kat Hosp. Selayang kerana terkena kuman kencing tikus (rat pee virus). Ikut kata Afdlin Shauki, mungkin Din terkena kuman tu masa shooting kat Zoo ari tu.

Dengarnya, kuman tu dah meresap dalam saluran darah menyebabkan organ2 dalaman tidak berfungsi lagi. Itu lah yang jadi koma tu.... tu yang malam tadi kata dia perlukan darah jenis O. Mujurla, dengar cerita darah cukup dan sekarang dah stabil. Doktor akan cek lagi buat diagnosis pagi ni.

Sebaik saja dengar berita tu semalam, aku terdiam. Terkejut. Manusia yang buat aku gelak setiap pagi, kini terdampar atas katil hospital dalam ICU, bertarung nyawa? Aku hilang kata-kata. Hanya doa saja yang dapat aku hulurkan. Semoga Allah memberi peluang untuk Brader Din Beramboi pulih dan sihat seperti sedia kala dan terus menghiburkan rakyat Malaysia setiap hari. Aminn..