Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Friday, January 8, 2010

Membimbangkan

Aku jadi risau bila baca paper, 2 gereja kena serang dan dibom dengan molotov koktel semalam.

Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Banyak sangat isu2 panas yang melanda sekarang ni..

Dengan pelbagai isu yang aku rasa korang semua dah tau, aku jadi risau, teramat lah risau dengan masa depan kita semua. Aku tak nak 13 Mei 1969 berulang lagi...

Kita tak tau sapa yang pegi bakar gereja tu, sapa yang suruh, siapa dalangnya?

Tapi lazimnya, orang tetap akan memandang serong kepada orang Melayu, orang Islam.

Aku tak menuduh sesiapa, tapi tak semestinya orang Melayu saja yang patut dituding jari. 

Sesiapa pun boleh bertindak macam tu, atas 1001 sebab-musabab.

Apa pun, biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka dulu. Kita semua bersabarlah, jangan dikeruhkan lagi suasana yang dah keruh ni.

Tentang isu kalimah Allah, aku memang tak setuju ia dikongsi dengan agama lain. Namun, sebagai orang Islam, cuba kita hayati Surah Al-Asr ... dimana kita disuruh berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Sabarlah...

Kebenaran tetap akan timbul, buat masa ni biarlah kerajaan bersama SPB YDP Agong melakukan tugas mereka dengan pihak mahkamah...

Percayalah, Allah tetap bersama kita, selagi kita tidak lupa padaNYA...