Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Thursday, August 5, 2010

1 Malaysia? Tak clear la...

Dah hampir 5 bulan aku biarkan blog ni berkarat....

Aku hilang mood nak tulis blog sejak idola aku, Arwah Din Beramboi kembali ke Rahmatullah bulan April lalu. Sejak itu, aku sibuk tercari2 cd sawancara ataupun drama sebabak, semata2 nak mendengar suara dan celoteh arwah Din.  Alhamdulillah, dah dapat dah. Yang original pun aku beli, yang download dari internet pon ada...

Sejak April aku dapat job baru, translate buku. Member bagi peluang, aku try la. Ok jugak. Tapi kena pulun gila-gila, ada masanya aku langsung tak tido malam, nak kejar dateline. Akhirnya, berhasil jugak. Bayaran boleh tahan. Aku tengah tunggu buku seterusnya.

Dalam masa 5 bulan ni, pelbagai cerita berlaku di dalam dan luar negara, aku tak sempat nak ulas satu persatu. Lagipun, dah basi kot, kalau baru sekarang aku nak ulas.

Yang terbaru, kes kematian misteri bekas ADUN Permatang dan pegawai peribadi beliau. Entahlah, aku malas nak buat spekulasi, biarlah pihak polis buat siasatan terperinci.

Hal politik pun macam2 juga, macam biasalah, banyak yang menyakitkan hati, especially bila tengok perangai si Nizar yang takde moral tu. Dah gila talak la tu!

Sekarang ni, heboh pasal rakyat tak faham makna Satu Malaysia, anjuran PM kita. Aku ingat aku je yang tak paham, rupanya Tun Mahathir pun tak paham. Itu la, sepatutnya PM ataupun kerajaan kena keluarkan satu buku ataupun risalah yang boleh menjelaskan maksud dan aspirasi PM tentang 1Malaysia ni. Kalau tak, bermacam-macam interpretasi yang akan dibuat oleh berjuta2 rakyat Malaysia mengikut kefahaman masing2. Akibatnya, apa pun tak jadi. 

Kenapa perlu ada slogan2 macam tu, 1Malaysia la, Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan la, Juara Rakyat la... mengarut je semua tu..apa yang penting pada aku pada masa sekarang ni ialah perpaduan, terutama perpaduan bangsa Melayu yang menurut kata Tun Mahathir akan menjadi minoriti di negara sendiri, sekiranya keadaan politik sekarang berterusan.

PAS masih lagi nak bermusuh dengan UMNO tapi dalam masa yang sama tidur sekatil dengan PKR dan DAP. So bila kita boleh bersatu ni? Bila bangsa Melayu nak jadi kuat ni?

Secara peribadi aku kurang minat dengan slogan Satu Malaysia ni. Bukan aku menentang PM, cuma aku tak suka slogan tu. Mungkin aku ni nampak macam perkauman sikit, tapi takpe lah. Pada aku, kita kena ada semangat perkauman, baru kita ada perasaan ingin bersaing supaya jadi lebih maju, terutama dalam pelajaran, ekonomi dan taraf hidup.

Maklum saja lah, semua orang tau, bangsa kita ni agak ketinggalan kalau dibandingkan dengan Cina dari segi ekonomi, pelajaran mahupun taraf hidup. Kalau kita ikut slogan Satu Malaysia, kita dah tak nampak sangat perbezaan dan di mana duduknya taraf kita sebagai bangsa Melayu. Jatidiri sebagai Melayu pun mungkin akan beransur-ansur hilang.

Ini pendapat peribadi aku aje, banyak lagi sebenarnya yang aku nak perkatakan, tapi aku malas menaip banyak2. Mungkin tafsiran aku berbeza dengan aspirasi PM. Itu sebabnya, aku cakap, seperti yang Tun M cakap, PM kena jelaskan betul2. Baru clear....

Wednesday, March 31, 2010

Din Beramboi

Setiap pagi, aku start enjin kereta, keluar dari pagar rumah, aku terus bukak radio Era. Bukan nak dengar lagu sangat pon, cuma nak dengar celoteh dan temberang Din Beramboi & gelak Aznil. Tapi tak lama, sebab jarak rumah dengan ofis tak sampai pun 10 minit. Sempatla dengar Drama Sebabak (ulangan) ataupun Sawancara (pun ulangan). Tapi ulangan pun ulangan la, aku tetap akan gelak punya..walau dah dengar 5 - 6 kali sebelum tu. 

So dek kerana Era suka ulang2  disamping main lagu, info trafik la, whatsoever, kekadang aku pon tak perasan siapa pengacara pagi tu. Pernah juga orang lain cover, tapi suara Din & Aznil keluar juga... That's why bila Din beramboi dah tak keluar 3 -4 hari pon aku tak perasan. Sampaila Buletin Utama malam tadi beritau Din dah koma kat Hosp. Selayang kerana terkena kuman kencing tikus (rat pee virus). Ikut kata Afdlin Shauki, mungkin Din terkena kuman tu masa shooting kat Zoo ari tu.

Dengarnya, kuman tu dah meresap dalam saluran darah menyebabkan organ2 dalaman tidak berfungsi lagi. Itu lah yang jadi koma tu.... tu yang malam tadi kata dia perlukan darah jenis O. Mujurla, dengar cerita darah cukup dan sekarang dah stabil. Doktor akan cek lagi buat diagnosis pagi ni.

Sebaik saja dengar berita tu semalam, aku terdiam. Terkejut. Manusia yang buat aku gelak setiap pagi, kini terdampar atas katil hospital dalam ICU, bertarung nyawa? Aku hilang kata-kata. Hanya doa saja yang dapat aku hulurkan. Semoga Allah memberi peluang untuk Brader Din Beramboi pulih dan sihat seperti sedia kala dan terus menghiburkan rakyat Malaysia setiap hari. Aminn..

Sunday, March 21, 2010

Majlis Suaikenal

Alhamdulillah, 19/03 lepas, apa yang kami rancangkan menjadi kenyataan. Drpd 42 rumah yang dah berpenghuni, 37 rumah joined. Even yang 5 rumah tu bukan tak nak join, tapi diorang balik kampung atau pun kena kerja malam tu, nak buat camana.

Walaupun planning tak sampai 1 minggu, tapi tak banyak masalah pun. Duit collection semua bayar on the spot, so budget kena adjust sikit sebab orang dah bertambah. Cuaca asalnya memang buat suspen, lebat giler masa tghari & pukul 4 - 5.30 ptg. Nasib baik lepas tu berenti, fuh lega.

S,o attendance lebih kurang 98%, makanan cukup (ada yang siap tapow lagi) , pengisian majlis ok, menghiburkan. Setakat ni takde yang komplen. Kerjasama jiran2 yang dekat2 dgn lokasi najlis pun bagus, macam2 barang yang terkurang, diorang bawak keluar dari rumah sendiri, demi menjayakan majlis. Member kameraman yang diimpot dari jalan sebelah pon dengan sukarela buat kerja. Kitorang nak bayar, dia tak nak. Takpelah, Alhamdulilah, murahlah rezeki dia.

Pendek kata, majlis tu SUCCESS!! Tahniah pada member yang initiate benda ni, lebih kurang 7-8 orang termasuk aku. Kita buat lagi. So, kena start pikir untuk next event...

Thursday, March 18, 2010

BBQ Party & Suaikenal kejiranan

Esok, lorong rumah aku akan anjurkan majlis suaikenal & BBQ party sesama jiran2 satu lorong ni. Ni 1st time kita nak cuba jayakan. Lagipun, deret depan rumah aku semua orang baru pindah, banding dengan kita orang yang dah pindah lebih setahun kat sini.

Setakat ni sambutan dan penerimaan dari semua jiran Alhamdulillah, positif semuanya. Aku harap semua yang dah commit akan datang seluruh keluarga sebab majlis ni dibuat untuk diorang semua. Aku dan 7-8 orang lagi dah 2 kali meeting, semalam sampai kul 11.00 mlm. Semua dah sebulat suara dan sepakat.

Objektif kami cuma nak merapatkan silaturrahim antara jiran, kalau boleh nak kenal semua, bukan ramai sgt pon, 40 buah rumah je. Dan juga bertukar2 no. telefon dan kenal suami / isteri dan anak2 masing2. 

Jadi, harap2 cuaca baik, dan majlis ni dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. Ni baru permulaan, lepas ni mungkin banyak lagi program yang akan diaturkan.

Friday, January 8, 2010

Membimbangkan

Aku jadi risau bila baca paper, 2 gereja kena serang dan dibom dengan molotov koktel semalam.

Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Banyak sangat isu2 panas yang melanda sekarang ni..

Dengan pelbagai isu yang aku rasa korang semua dah tau, aku jadi risau, teramat lah risau dengan masa depan kita semua. Aku tak nak 13 Mei 1969 berulang lagi...

Kita tak tau sapa yang pegi bakar gereja tu, sapa yang suruh, siapa dalangnya?

Tapi lazimnya, orang tetap akan memandang serong kepada orang Melayu, orang Islam.

Aku tak menuduh sesiapa, tapi tak semestinya orang Melayu saja yang patut dituding jari. 

Sesiapa pun boleh bertindak macam tu, atas 1001 sebab-musabab.

Apa pun, biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka dulu. Kita semua bersabarlah, jangan dikeruhkan lagi suasana yang dah keruh ni.

Tentang isu kalimah Allah, aku memang tak setuju ia dikongsi dengan agama lain. Namun, sebagai orang Islam, cuba kita hayati Surah Al-Asr ... dimana kita disuruh berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Sabarlah...

Kebenaran tetap akan timbul, buat masa ni biarlah kerajaan bersama SPB YDP Agong melakukan tugas mereka dengan pihak mahkamah...

Percayalah, Allah tetap bersama kita, selagi kita tidak lupa padaNYA...

Thursday, December 10, 2009

Karat

Salam semua ......                         

Uiiii..dah naik berkarat dah blog ni.... sibuk sikit la..         

Banyak yang berlaku dalam masa sebulan ni, sampai aku pun dah tak ingat nak cerita yang mana satu.                  

Takpe la, nanti aku cerita la pasal benda yang baru berlaku, benda yang lama tu dah basi la

 

Monday, November 2, 2009

Last weekends

Salam                 

Lama dah aku tak update blog ni. Sibuk sikit la. Especially last weekends. Hari Jumaat aku kena pegi Melaka, attend konvensyen dengan 4 org lagi colleagues. Plan nak bertolak lepas 2.30. Pagi2 datang keja, dapat kejutan ada member masuk hospital, kena heart attack. Perghhh! Kawan tu muda lagi, muda setahun drpd aku. Tapi dia memang ada darah tinggi... Adusss, insaf aku. Aku pegi la HSI nak melawat tapi guard tak bagi masuk, belum time lagi. So, aku pusing belakang, cari member kat Pantai Medivest. Nasib baik ada kawan lama aku kerja lagi kat situ. So, mintak tolong dia bawak aku masuk. Mujur dapat masuk ke wad CCU tu. Tapi member tu baru makan ubat, doktor suruh tido, so dia tak tau kesah yang aku datang melawat.              

    

Lepas semayang Jumaat, aku ngan Din pun bertolak la ke Melaka. Sampai kat A Famosa pukul 6.00 ptg. Terus check-in, then keluar balik gi rehearsal kat Honda Malaysia. Lepas rehearsal, aku bawak member2 gi makan kat Pengkalan Balak. Boleh tahan la, walaupun tak berapa happening tempat tu. Lepas makan, kitorang gi Bandaraya Melaka. Sepanjang jalan kena bantai ngan hujan selebat-lebatnya. Redah jugalah. Last-last kitorang stop kat kedai mamak belakang Dataran Pahlawan. Itu aje tempat yang boleh parking. Tempat lain, samada banyak kereta ataupun air dah naik separuh tayar. Lepas minum, kitorang balik, sampai hotel dah pukul 12.00. Punya la susah aku nak tido sorang-sorang malam tu. Jajan semua tertinggal dalam kereta. Nak turun,  malas.  2.30 pagi baru aku terlelap.     

Pagi Sabtu 31/10/09. Sampai kat HMSB kul 8.00 pagi. Konvensyen start pukul 8.30. Tercongokla aku sehari suntuk kat situ sampai ke petang. Aktiviti aku, selain dengar presentation, turun bawah, bakar muncung, pegi toilet, duduk lagi, turun lagi, bakar muncung. Sampai lah pukul 6.30, konvensyen habis, aku sambung meeting pulak sampai 7.30. Jenuh la kawan2 aku menunggu kat luar.        

Lepas meeting, start kereta, terus pecut gi Umbai, kena ikan bakar. Kat sini ok sikit, orang ramai, kira happening la jugak. 10.20 kitorang chow balik JB. Sampai dah 12.30 malam. Orang sebelah rumah aku baru habis kenduri doa selamat nak pegi haji. Tak dapat aku nak join, nasib baik wife aku dapat tolong rewang.     

Ahad, 1/11/09. Aku siap2, terus keluar bawak isteri dan anak2 gi HSI, melawat kawan yang masih dalam CCU. Kali ni, dia dah sedar, dah boleh bercakap. Kesian aku tengok. Dia ni kira antara kawan yang agak rapat jugakla ngan aku. Mudah-mudahan dia akan cepat sembuh  ...........  Aminnn.

Monday, October 26, 2009

Blog Update

I last updated this blog 11 days ago. And it seems way too long...   

Have done plenty the past weeks, but I don't remember what....   

Soooo absent minded today....... I wonder why???

Thursday, October 15, 2009

Marhaban dan Ziarah 4

Alhamdulillah, semalam, 25 syawal, berakhirla sessi marhaban dan ziarah kat tempat aku. Jalan Sejambak 12. Kiranya, marhaban perdana la ni. 3 ekor kambing tumbang. Ada yang golek, ada yang masak buat lauk korma kot, aku tak sure. tapi memang sedap.   Banyak jugak la aku bedal...  Pastu, sampai umah dah 11.30. Makan ubat batuk ngan antibiotik. 12.30 aku dah tak blh tahan ngantuk. Terus lelap dengan lenanya.... sedor-sedor tengok jam pukul 7.15 pagi. Subuh terlepas, kerja pun tak sempat. Aku sambung balik sampai 9.30. Tengahari pegi keja half day. Itu pun sebab ada ISO audit, terpaksa pegi jugak. Huiii...leh tahan penangan kambing golek ngan ubat batuk.... sampai tak keja aku sekerat hari...

Wednesday, October 14, 2009

Bagan Pinang 2

Rasanya belum terlambat lagi untuk ucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad kerana menang besar kat Bagan Pinang. Akhirnya BN menang juga. Aku suka.