Malam tadi marhaban di lorong aku pulak, Sejambak 8. Target 21 rumah, tapi finally cuma 15 yg bukak pintu. Takpe, mungkin keadaan tak mengizinkan tahun ini. Insya Allah tahun depan diorang akan bukak kot.
Akhirnya, lega bila rumah aku sendiri dah settle. Sebab ini adalah 1st time kat sini, aku anxious jugak nak tau macamana keadaannya. Fuhh...boleh tahan. Lelaki masuk dulu lebih kurang 70 orang. Lepas tu kaum pompuan pulak, tak kurang dari 70 jugak, mungkin lebih. Oleh kerana rumah aku di tengah, jadi orang memang lebih ramai kalau compare dengan rumah yang awal. Aku happy sebab semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Makanan yang kitorang sediakan di rumah hujung, mencukupi untuk semua, siap ada yang tapaw. Buah2 honey dew & epal merah yang wife aku dah perapkan dengan kulit limau, cuma tinggal mangkuk je. Alhamdulillah, tak terdengar suara-suara sumbang yang komplen itu ini.
Last sekali, aku betul2 terkejut bila ada orang tiba2 tegur aku dan bertanyakan nama sekolah aku. "Kau budak EC ke dulu?" Lama aku tenung muka brader tu. Bila dia bukak songkok, laaa..memang kawan sekolah aku dulu. Lebih kurang 25 - 26 tahun tak jumpa. Aku tanya rumah dia kat mana. Selamba je dia jawab, betul-betul belakang rumah kau. Laaaa...lagi sekali aku tergezut. Aku selalu nampak brader ni, tapi dia pakai songkok masa marhaban atau pun tahlil. Dia pun tak perasan aku sebab aku dah banyak berubah sejak dari sekolah dulu. Cuma katanya, bila imam tu berdoa dan sebut nama aku, baru dia recall 26 tahun dulu.
Subhanallah....