Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Saturday, August 15, 2009

Drama Nur Kasih


Dalam banyak2 drama Melayu kat TV sekarang ni, saya sangat tertarik dan teruja untuk menonton dama Nur Kasih di TV3 setiap malam Sabtu. Hampir semuanya mengenai drama ini saya suka. Dari aspek lakonan, mimik muka, dialog, lokasi, cinematografi, flashback, editing, lighting dan jalan ceritanya, semuanya sangat menarik dan kemas. Cuma saya kurang berkenan, sebenarnya sangat tidak berkenan, ialah iklan yang terlalu banyak dan lama.

Malam tadi walaupun dah mengantuk sangat sebab makan pil tahan sakit gigi, tetap saya jegilkan juga biji mata supaya tidak terlepas drama ini. Terlepas juga 5 minit yang pertama. Nasib baik yang seterusnya dapat saya tonton.

Bagi peminat Nur Kasih, apa agaknya yang berlaku selepas ini? Adakah Nur Amina akan menerima Adam kembali? Bagaiman dengan nasib Katrina yang dihantar ke hospital sakit jiwa? Yang paling kesian dalam cerita ni ialah Aidil. Dengan sapa la dia nak kawin. Takkan nak kawin dengan Sarah gedik tu... apa-apa pun, kita tunggu jelah next episode..k...

Friday, August 14, 2009

Hari Jumaat 14hb Ogos 2009

Salam...

Hari Jumaat ni bermula dengan sedikit kalut. Aku bangun macam biasa. Tiba-tiba teringat anak aku ada latihan band pagi ni. Kelam kabut kejut dia bangun, suruh dia mandi dan bersiap. Tapi biasalah, dah terlewat. So aku terpaksa shoot off nak pegi keja. Last-last wife aku yg kena gi hantar. Dia masuk pun lewat sikit, takpe.

Skrg ni aku tgh siksa menanggung sakit gigi sbb gusi bengkak. Adus, kepala pun dah naik bengal sebelah. Rasa-rasa pipi dah kembung cam belon, tp aku rasa je la, tgk cermin, cam biasa je.

Ingat petang ni nak apply half day leave la, tak larat nak keja. Secondly, aku nak tido. Sbb malam ni kena jadi rukun tetangga stat kul 12 sampai kul 5 pagi. (1st time ni beb!) 

Balik ahhh....lepas semayang Jumaat, tido!!

Thursday, August 13, 2009

Lawak Bodoh

Skrg ni, selain daripada CSI dan banyak lagi cerita-cerita lain kat TV, aku suka juga menonton Astro Warna, (saluran 132) saluran komedi di Astro Mustika. Bahkan, aku memang tertunggu-tunggu beberapa rancangan yang telah disusun setiap hari. Antaranya Spontan, Gerabak, Ten Ten Ten dan Ek Eleh Afdlin.

Sebahagian orang tak paham kenapa aku suka sangat dengan rancangan2 komedi macam tu. Kononnya lawak-lawak orang Melayu ni lawak bodoh. Aku sebenarnya meluat dengan golongan Melayu macam ni, yang tak suka dengan apa yang orang Melayu boleh buat. Kalau orang Melayu buat lawak, diorang susah nak gelak, samada tak paham ataupun malu nak ketawa. Takut orang kata dia bodoh sama macam pelawak2 tu.

Jawapan aku senang. Pertamanya, sebab aku suka ketawa. Walaupun muka aku serius, tapi sense of humor aku tinggi. Aku pun jarang gelak kuat, sekadar tersenyum dan gelak2 sikit, tapi hati aku tetap seronok.

Yang keduanya, aku fikir, orang bodoh tak boleh buat lawak. Kalau dia cuba pon orang tak boleh gelak. Tapi kalau diperhalusi betol2, pelawak2 kita yang berlakon dalam 4 rancangan diatas, bukanlah calang-calang orang. Mereka sangat brilliant. Contohnya, Afdlin Shauki dan Din Beramboi yang terkenal dengan perangai biolnya dan gila-gila bahasa. Tapi orangnya bukan biol. Dia orang bijak, otaknya refleks dengan begitu pantas, tak terjangkau dek otak kita. Dalam bahasa Jawa, he's very unpredictable. Ingatkan dia nak cakap lain, tapi lain pulak yang terpacul daripada mulut Din Beramboi.

Dengar aje lah tiap pagi Isnin - Jumaat pukul 7.20 pagi, 8.00 pagi kat radio ERA. Drama sebabak lakonan Din Beramboi. Betapa cepatnya mulut Din menjawab dan membalas balik dialog oleh para pemanggil, dengan jawapan yang kelakar plak tu. Aznil tak boleh cakap apa, gelak ajelah keja dia.

Mat Salleh pun ada rancangan macam Spontan ni , iaitu Whose Line Is It Anyway? yang diketuai oleh Drew Carrey. Similar la. Kelako giler. Memang kalau orang tak brilliant, takkan jadi rancangan tu.

So kepada golongan Melayu elit yang perasan bagus tu, cuba lah bukak sikit minda korang. Luangkan masa kejap, tengok Spontan or Ek Eleh Afdlin. Memang kadang2 tak ada mesej, takde pengajaran apa-apa. Aku pun dah setkan minda aku, aku tengok rancangan macam ni bukan nakkan mesej, aku nak gelak aje. Kalau nak mesej, pengajaran , ilmu, tengokla Discovery Channel ke, Astro Oasis ke. Jangan cari mesej kat rancangan komedi.

Kalau korang tak boleh gelak tengok Spontan, aku anggap korang ni macam manusia takde perasaan la. Takpun, korang yang lebih pandai buat lawak kot. Try buat sekali depan aku, tengok aku boleh gelak ke tak.

Bak kata Pak Hamid Gurkha, "Orang kata lawak aku lawak bodo, aku pedulik hapa!"

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia


Ustaz Asri Ibrahim, ketua kumpulan Rabbani disahkan meninggal dunia pagi tadi di Hosp. Pantai Bangsar akibat serangan sakit jantung.

Sedihnya aku dengar berita ni. Hari Ahad lalu baru je tengok kat Melodi temuramah dengan Allahyarham dan rakan2 Rabbani. 

Takziah kepada keluarga beliau dan rakan-rakan Rabbani. Al-Fatihah. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman.

Hilang sebutir lagi permata berharga dalam dunia seni tanah air. Mana nak dicari suara selunak Ustaz Asri.....

Sekolah Ganti Deepavali

Semalam balik sekolah, anak aku tunjuk surat yang cikgu dia bagi. Hari Sabtu ni 15hb kena sekolah, menggantikan cuti Hari Deepavali. Mula2 yg sekolah menengah. Lepas tu yang sek rendah pun dapat jugak.

Aduhhhh....aku laki bini pening, sebab dah banyak buat planning untuk weekend kali ni. Weekend2 yg lepas semuanya terlepas macam tu je, sebab aku kerja. 1hb ada New Honda Circle In-house Convention kat ofis. Tapi ok lagi sebab Sabrina pun ada latihan pancaragam sekolah dia.

Minggu lepas, 8hb ada derma darah kat ofis aku jugak. So dah 2 weekend tak dapat nak implement aku punya plan, hopefully minggu ni dapatlah. Haiii...dapat pulak surat dari sekolah. Ni yang aku pening ni...

Nak sekolah ke tak ek? Nantilah, aku bincang lagi dengan isteri aku...

CSI Miami


Semalam CSI Miami new season start balik. Huh, tak mati Horatio rupanya. Nasib baik. Kalau Horatio takde, tak minat dah aku nak tengok CSI Miami lagi.

Wednesday, August 12, 2009

Dr M challenges Barisan to retake Selangor and other PR-held states

Tun Mahathir cabar BN rampas balik Selangor dan negeri2 lain yang telah ditawan PR.

Pada pendapat aku, bukanlah mustahil untuk BN buat macam tu. Cuma banyak perkara perlu diperbetulkan dulu. Seperti biasa, listnya memang la tersangat panjang. Aku pendekkan.

Rasuah - Hapuskan habis-habisan

Birokrasi, red tapes - Minimakan

Pemberian tender, kontrak - perlu lebih telus dan tulus

Maksiat - Lanyak betul2, penguatkuasa kena tambah, lepas tu serbu dan terus serbu. Orang kata pendekatan macam ni tak bagus, tak bertamadun. Takpe, buat je...sebab orang Malaysia ni nampaknya macam dah lajak sangat, ramai dah tak peduli halal haram.

Kadar jenayah - turunkan sebarapa minima yang boleh. Tambahkan anggota polis, tingkatkan latihan.

Ekonomi - kenapa tak boleh buat macam zaman Tun M dulu? Harga barang takde la mahal macam sekarang ni. Tengok ajela tambang teksi sekarang ni. Call RM2, bukak pintu RM3, belum jalan lagi tu. Kesian tengok orang2 yang tak mampu nak beli kereta / motor sendiri, terpaksa tanggung tambang teksi yang merepek macam tu.

Pemimpin - Kena cek dulu latarbelakang dan juga perangai sebenar para pemimpin yang nak dipilih. Betul cakap Tun, masa dia nak pilih orang dulu pun, kadang-kadang tersilap pilih, sebab Tun pun baca resume calon juga, bukannya dapat nak kenal semua dengan rapat. Bila dah terpilih barulah kenal dengan lebih mendalam. Kemudian bila dah dapat jawatan dan kuasa, masa tu barulah keluar sikit-sikit perangai yang negatif, menyebabkan rakyat jadi menyampah. So, kena lah berhati2 baca resume calon.

Aku pun, selaku  HR kat kilang ni selalu juga tertipu bila baca resume calon yang mintak kerja. Resume cantik, interview convincing, bila dah masuk kerja, kerja macam hampeh, perangai macam taik.

Actually banyak lagi isu-isu yang perlu diperbetulkan. Tapi kalau yang di atas tadi dapat dilaksanakan pun dah cukup baik. Memang peluang untuk BN rampas balik semua negeri2 tadi, Insya Allah akan lebih cerah.

Fikirkan lah....

PPSMI

Hmmm...Kementerian Pelajaran, melalui Menterinya, Tan Sri Muhyidin telah memutuskan pemansuhan PPSMI pada 2012.

Aku bukanlah nak menentang keputusan Menteri, tapi aku tak pahamla rasiionalnya. Kenapa pulak nak dikaitkan isu memartabatkan bahasa Melayu dengan Matematik dan Sains. Ini dua isu yang berbeza.

Kalau nak memartabatkan Bahasa Melayu, kenalah belajar Bahasa Melayu dengan baik supaya boleh bercakap, berbicara, menulis dengan teratur dan baik menurut nahu-nahu dan tatabahasa yang betul. Gunakan perkataan-perkataan Melayu sebenar, bukan perkataan Inggeris yang diMelayukan, melainkan kalau betul-betul dah tak ada. Fahamkan sejarah bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri.

Subjek Matematik dan Sains pula adalah untuk kita belajar tentang ilmu Matematik dan ilmu Sains yang kebanyakannya dirujuk daripada sumber-sumber luar, Amerika, Eropah, Jepun dan sebagainya. Apa kena mengena dengan Bahasa Melayu? Adakah dengan belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, boleh mencapai tahap penguasaaan bahasa Melayu dengan terpuji? 

Alim ulamak, para al-hafiz dan al-hafizah Melayu yang fasih berbahasa Arab, tetap lancar bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau nak dikatakan anak-anak orang luar bandar sukar untuk menguasai Matematik dan Sains jika diajar dalam bahasa Inggeris, tidak juga. Cuba kaji balik latarbelakang kebanyakan tokoh2 bijakpandai, ahli politik, menteri2, mana asal mereka. Ramai yang datang dari kampung, tapi cubalah bersembang dengan mereka. Rata-rata akan bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun sesama Melayu. Mana martabatnya bahasa Melayu itu? Apa...tak ada kelas ke bahasa Melayu?

Sepatutnya, rujuklah dulu kepada orang yang telah membuat dasar ini, Tun Dr Mahathir. Cuba luangkan masa membaca blog Tun (Che Det.cc). Penjelasan Tun cukup jelas dan padat. 

Saya fikir, tak ada salahnya kita teruskan PPSMI ini. Muktamad macam mana pun  boleh diubah. Ini undang-undang dunia, bukan hukum Allah. Pengekalan PPSMI  ini tak akan menjejaskan peluang BN untuk menang dalam PRU akan datang, percayalah.

DNA shows body of slain militant not Noordin Top

JAKARTA: Indonesian police say DNA tests show the body of a suspected terrorist killed in a 16-hour siege last week is not one of the region’s most wanted men.

Police official Eddy Saparwoko said Wednesday that results showed that the man killed in a shootout with anti-terrorism forces last week was not Noordin Muhammad Top, despite early media reports that he may have been slain.

Saparwoko said “the DNA test didn’t match with Noordin’s family.”

Noordin, a Malaysian, has been blamed for a series of deadly attacks in Indonesia since 2003 and is the prime suspect in the twin suicide hotel bombings in Jakarta on July 17 that killed seven people. - AP


Of course, it was not Noordin. He must be smarter than that. But Indonesia should stop pointing their fingers at us. Malaysia is not a training ground for any terrorists, instead we are giving job opportunities to their people, so that they can earn a living. I think this Noordin must have been trained elsewhere, but not Malaysia, for sure.

Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

Berita Harian 12/08/09

Rakan buka seluar mangsa, cedera buah zakar dengan pisau lipat

ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin. 

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter.

iMuhammad Amir berkata, sebelum kejadian itu dia ditumbuk beberapa kali di muka dan kemudian seluarnya ditanggalkan serta buah zakarnya ditoreh oleh rakan sekelas semata-mata kerana mahu mengambil duit syiling 50 sen dari dalam poketnya. 

Ketika kejadian dia berada di dalam bilik darjah kerana mahu mengambil kotak pensilnya yang tertinggal. 

"Sebelum itu di kantin sekolah dia meminta wang tetapi saya enggan menyerahkannya dan terus masuk ke bilik darjah untuk mengambil kotak pensil kerana waktu sekolah sudah tamat.

"Dia tidak berpuas hati dan mengikut saya ke bilik darjah sebelum bertindak demikian. 

"Saya tidak mampu melawan dan hanya mampu menahan sakit ketika darah keluar dengan banyak hingga membasahi seluar saya sementara menunggu bapa mengambil saya pulang dari sekolah," katanya ketika di temui di sini, semalam. 

Muhammad Amir terpaksa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. 

Bapa mangsa, Amri Rod @ Jamil, 41, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendapati seluar anaknya berlumuran darah. 

"Ketika membuka seluarnya saya dapati ada kesan luka dan meminta penjelasannya mengenai kejadian itu sebelum membawa anak saya berjumpa guru kelasnya," katanya.


Haiiii...apa nak jadi bebudak zaman skrg ni... baru tahun satu dah nak jadi penjenayah....Para ibu bapa semua...tolonglah...tengok2 sikit apa yang ada dalam beg sekolah anak2 anda....ambil berat sikit.

Goji Yumberri

Entah kenapa, semalam lepas mandi, terus bersin2 ...aku dah saspen...takutla kalau2...ish selisih malaikat 44 eh. Lepas makan malam, terus kena Goji Yumberry sebungkus....tak sampai 5 minit, terus hilang selsema aku....Agaknya mungkin sebab dah 3 hari aku miss minum goji la, pas tu abuk banyak sgt skrg ni, jiran depan rumah tengah buat renovation, jerebu lagi....

Tuesday, August 11, 2009

Blood Donation Campaign




Last Saturday, aku berjaya lagi sekali organize Blood Donation Campaign untuk kali yang ke3 kat kilang aku.

Aug 08 dapat 47 donors, Feb 09, dapat 50, this time round dapat 48 donors. Ok la tu, at least bebudak kilang aku dapat jugak derma darah diorang. Nak harapkan pegi hospital or kadang2 ada kat shopping mall, nasib2 la, tak tentu ada..Walaupun tak sampai 50% daripada total population kat kilang aku, at least kami dpt jugak membantu di musim2 perayaan tak lama lagi ni... 

Virus Jahanam H1N1

Menurut paper hari ni, dah 32 org mangsa H1N1 tewas kat Malaysia kita ni. Saspen betul la.

Apa yg boleh kita buat? Pakai mask? Huh, aku pakai 2-3 minit, dah lemas macam nak pengsan. Betul ke pakai mask boleh menidakkan risiko terkena virus jahanam tu? Mungkin boleh, sikit la. Tapi aku rasa, kita semua tetap terdedah kepada macam2 risiko penyebaran virus tu dgn cara-cara lain, spt sentuhan, udara dsb nya. Itulah masalahnya.

Macam mana nak elakkan dari pegi keluar berjumpa dgn orang? Pegi keja kena jumpa org, pegi sekolah jumpa org. Kita tak pegi, anak kita pegi, balik rumah kita jumpa plak dengan anak kita. Mustahil kita boleh mengelak dari berjumpa dgn org.

Yang penting, kebersihan kena jaga. Makan minum, pakaian kita, rumah kita, semua kena bersih. Dan yang paling penting, hati kena bersih beb...Insya Allah, Tuhan akan melindungi kita daripada apa jua kemudaratan kalau hati kita bersih, tiada hasad dengki sesama manusia. Ingat kat Dia, tawakkal, doa. Virus jahanam tu takkan boleh dekati kita, kalau Allah tak izinkan...

Aktivit Malam - Cat Rumah



Malam tadi baru siap cat feature wall kat dapur, peghhh....cantik wa cakap lu. Malam ni tengokla keadaan, kalau larat, aku nak sambung kat dapur belakang plak...itu pun kalau larat la. Tp rasa macam tak boleh...sbb malam ni ada RAW kat ASSP. Aku ni peminat wrestling tegar, sejak dari umur 11 tahun....sebut je nama mana2 wrestler, semua aku kenal....nak wat camne..dah minat. Tapi aku minat tengok kat TV je la...tak penah pon aku wrestle ngan sesapa. Org minat bola, aku minat jugak...tapi aku minat wrestling, tak ramai yg minat, takpe la...asal aku bahagia. 

So? So, confirm la aku tak boleh mengecat malam ni.. hehehehe

Telekom Malaysia

Just come back from TMPoint. Complained tentang my telephone bills...hari tu dah upgrade package...Streamyx Combo..so dapatla line telefon free, no rental...tup-tup dapat bill still kena rental Lets Talk RM38...apa barang?...Cek-cek, salah diorang, tak update system, tp bottom line, aku kena bayar jugak Rm38 tu bulan ni...bulan depan baru takde...haru betulla TM ni...aku rasa nak marah jugak asalnya...tp dek layanan baik dan mesra, aku diam je lah...nasib baik diorang nak cooperate untuk waive kan caj tu bulan depan. Kalo ikut kata TM kat no 100 tu, bulan depan pon kena.... Entahla...kita ni sebagai pengguna, memang selalu terkena...

Introduction

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Percubaan pertama...tak pernah terfikir pun nak jadi blogger, but today, for no solid reason, I started this blog.

Introduction - some old friends of mine used to call me Don, back in 1986-87. Kinda like that name. So, anda semua juga boleh memanggil saya Don.

Age .... already matured,no question about that, I guess. 

Married - 2 kids (Girl 13 yrs, Boy 8 yrs)

Wife - novelis (baru bertapak - novel ke2 dlm proses penyuntingan)

My career - bergelumang dalam dunia pekerjaan sejak 1988 until now. Job nature - accounts, admin & HR. (It's boring actually, but that's what I chose when filling the form for IPTA back in 1984. Nobody's to blame but me)

There's more to tell, but I got to go now...see ya