Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Thursday, August 20, 2009

English College



EC. English College. Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Terletak di Jln Sungai Chat. Sekolah aku Form 1 - Lower Six (1979 - 1984). Sekolah kebanggaan aku dan kawan2 aku.

Tadi pagi, aku lalu depan EC. Saja nak lalu situ, nak jumpa kawan yang jual kuih gian warisan Pak Salleh, sejak zaman aku sekolah lagi. Kini Pak Salleh dah lama tak ada, anak dia ambik alih. Almaklumlah kan, lusa dah mula puasa, kang kalau teringat kuih gian tu, payah pulak nak tido malam. So aku pon terus singgah sekejap. Kuih tu dah berubah, mgkin terpaksa ikut peredaran zaman. Tapi takpe la, rasa masih ada lebih kurang.

Sambil makan kuih, aku toleh arah sekolah. EC makin cantik, bangga aku. Tapi sayang, padang depan sekolah bakal jadi jalan raya. Sekarang under construction. Jalan dibesarkan daripada depan JARO sampai kuil kat waterworks. Abis semua rumah2 kuarters kerajaan depan sekolah EC sampai ke sekolah Nong Chik lama, kena roboh. Sedih siot!!! Banyak kenangan masa sekolah dah hilang....

Nik Aziz

Nak tergelak aku baca paper semalam tentang kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang Islam yang dibawa oleh UMNO tak menjamin masuk syurga. Islam PAS aje yang masuk syurga.

Perghhhh...lawak gila orang tua ni. Betul kata Tun Mahathir, Nik Aziz ni lebih daripada manusia biasa. Sebabnya, dia boleh tentukan keimanan dan amalan seseorang. Yang macam ni masuk syurga. Yang macam tu gerenti jahanam masuk neraka. Nampaknya lepas ni aku kena minta borang pendaftaran jadi ahli PAS la, supaya boleh masuk syurga.

Kahkahkah... nak masuk syurga pun kena isi borang, lepas tu hantar kat ejen bertauliah pulak tu. Kalau hantar kat ejen lain, yang tak bertauliah macam UMNO, borang tu tak sampai pulak...Kahkahkah..lawak, lawak.

Tak payahla nak teliti-teliti lagi Majlis Fatwa. Anggap je la kenyataan Nik Aziz tu sebagai lawak bodoh minggu ini...kahkahkah....

Astro

Yes!!! Malam tadi Astro aku dah ok balik. Kejap je diorang settle problem tu, 20 minit dah dpt balik tengok Astro. Kalau macam malam tadi punya customer service ok lah jugak. Yang belah siang tu, macam hampeh.

To Astro, tengok2 balik la Customer Service Officer korang tu, kalau banyak komplen, tukar je orang lain. Yang tu bagi kerja lain yang takde kena mengena dengan customer. Kalau korang simpan jugak, lama-lama nanti buruk padahnya.

Wednesday, August 19, 2009

Astro

Mlm tadi aku geram tul ngan Astro. Rumah aku ada 2 Astro, satu atas satu bawah. Yg atas ni mmg jarang tgk. Semlm aku teringin la nak tgk sport, kat bawah takde, kat atas je. Bila bukak, semua channel x blh tgk. Not Subscribed! Banyak la not subscribe. Aku bayar mahal yg atas tu sbb ada sport. Dulu RM54.95 jek, skrg dah naik RM12 jadi RM66.95. Tapi tak blh tgk, hampeh betul!

So pagi tadi aku call la. Dah la susah nak dpt ckp dgn manusia, lagi2 ckp dgn computer. Bila dah dapat dia tanya, encik depan decoder ker? Aku kat tmpt keja, aku ckp. Kata dia tak blh, kena duduk dpn decoder jugak baru blh. Hampeh! Aku bkn tak tau, ckp je la. Smua yg kena buat bila technical error macam tu aku dah buat semlm. Tp x blh jugak. Lagi2 dia suh aku duduk depan decoder. Selalunya, klu aku ckp aku dah buat semua step yg biasa, still tak blh, diorang nnt akan buat coordination / adjustment drpd Astro. Balik umah dah settle. Ni tak.  Asik2 ulang benda yg sama.

Bangang betul la pompuan tu, tah apa nama ntah. Last2 aku geram, aku marah dia then aku letak je telefon tu. Menyusahkan aku betul la.

La Dolce Amira


Hmmm....drama ni baru abis semalam. Happy ending tapi ada sikit bab sedih bila Ariff mati. Agak tragik la jugak. Bila tengok gaya Amira kena serang tu, terasa jugak seramnya kalau benda cam tu berlaku depan mata.

Drama ni sebenarnya drama remaja. Tak sesuai dengan umur aku, tapi sesuai sangat dengan hati aku, sebab aku tak pernah rasa tua (hehehe...aku sedor diri sebenarnya). Anak dara aku suka tengok, so  aku tumpang tengok la sekali. Lagipun, bila tau pengarahnya Suhaimi Baba, aku pun terus la follow. Actually drama ni best, lain sikit daripada drama biasa. Angle-angle dia best. Lagipun, drama ni tak meleret-leret. Dialog simple dan location cantik.

Last, but not least, congrats Shumi. You are in your own class.

Tuesday, August 18, 2009

King of Pop - Allahyarham Mikael Jackson

Berita Harian hari ini memaklumkan jenazah Allahyarham Mikael Jackson akan dikebumikan 29 Ogos nanti. 29 Ogos? 11 hari dari sekarang. Meninggal 25 Jun, 29 Ogos baru nak kebumi.

Tak menasabah betul la, kesian jenazah tu kan. Takkanla siasatan tak boleh siap dalam masa 2 minggu. Siap tak siap pun, kebumi kan la dulu. Kata terer sangat, tengok dalam CSI bukan main canggih lagi. Hari ni mati, esok dah dapat tangkap pembunuhnya. Bila kena betul2 cam ni, 2 bulan pon tak tentu lagi boleh settle. Apa la punya bangang ...cakap tak serupa bikin la polis US ni....

Salam Ramadhan

Kepada semua kawan2 beragama Islam, diucapkan Selamat Menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga dengan berkatnya Ramadhan itu akan terhapuslah wabak virus durjana H1N1 tu, mana tau. Harap-harap begitulah...

Yang ada hutang puasa tahun lepas, dah bayar ke belum? Kalau belum, masih ada 2 hari lagi. Rabu & Kamis je, Jumaat dah tak boleh, dah kira hari syak. Yang ada gaduh2 dengan orang, masam-masam muka, tak puas hati, sakit hati, kecik hati, diharap bermaaf-maafan lah. Jangan ditunggu hari raya, kalau tak sempat raya, camner? Lagipun, kalau dah bermaafan sebelum puasa, Insya Allah kita akan lebih aman berpuasa. 

Lagipun, selalunya bila tiba raya nanti, bila nak bermaafan, bukannya betul sangat. Biasanya kalau orang2 muda ni, salam, pastu cakap kosong-kosong. Macam takde makna.

Jadi, saya, sebagai manusia biasa yang tak pernah lekang dari membuat kesalahan dan kesilapan, ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan yang telah saya lakukan terhadap kawan-kawan semua.

Kacap Terlabik 2

Hahahaha...ada sesapa yang paham tak apa yang aku tulis kat post sebelum ni? Itu bukan bahasa Afrika atau Mongolia. Tu cakap Melayu....korang tak paham, sudah. Biarlah menjadi rahsia aku dengan member lama aku je, Feirulsha nama dia. Huahuahuahua....

Kacap Terlabik

Ka'u terngi'at da'a wakan ka'u ludu-ludu. KUDA. Ka'u ngedan ida kusa tebul kacap telabik. Ba'is selaga demba tika ro'ang kacap telabik. Ka'u pun dusah mala tak kacap terlabik ngedan ro'ang besab tak da'a ro'ang yang dampai. Ka'au ro'ang hapam ke tak pa'a yang ka'u kacap nih?

Monday, August 17, 2009

Member lama

Tadi ada member lama dari ITM, since 1984 dulu, call aku. Thanks Kai.....Lama betul tak dengar kabor berita member semua, maklumla aku ni tercampak kat Pasir Gudang sorang-sorang. Diorang semua kat KL, Penang, oversea, senangla nak jumpa. Nasib baik ada Facebook, dapat juga tengok2 perubahan kawan2.
Nanti lah, kalau ada kelapangan, bila2 naik KL, aku contact korang. 

Monday Blues

What a Monday.......as usual, don't feel like working on Mondays...sigh..

Sunday, August 16, 2009

Aktiviti Hari Ahad

Macam biasa, setiap hari Ahad aku memang lepak. Ada je projek aku nak buat. Ari ni, cat rumah. Mula dari bangun pagi, aku start mengecat depan rumah. Sebenarnya dah tak banyak. Tinggal sebelah je, yang sebelah aku dah buat minggu lepas. Tapi walaupun tak banyak, disebabkan tinggi, teruk jugalah aku naik turun tangga. Lebih 30 kali rasanya kot.

Ingat kan setengah hari dah boleh settle, last-last pukul 5 jugak baru siap. Tengkuk aku pun rasa macam dah tak boleh pusing2, lenguh semacam. Duduk penat, baring sengal pulak. Tapi bila menengok balik hasil kerja aku ari ni, kira puas hati sangat la. Walaupun tak pro dan ada juga comot sana sini, yang penting aku buat sendiri, dengan tangan sendiri dan kreativiti aku sendiri. (Sori gambar takde, tak sempat nak amek)

Lepas ni, tinggal belakang je lagi. Tapi bila aku nak buat? Sabtu depan dah stat bulan puasa. Tak sanggup aku nak mengecat time puasa. Pancit wooo......kalau time tak puasa macam ari ni, pancit jek aku sumbat 100 Plus, datang balik tenaga aku. 4 gelas aku togok hari ni. Tp kalau bulan puasa....cair la.....

Tengokla keadaan.....