Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Thursday, October 15, 2009

Marhaban dan Ziarah 4

Alhamdulillah, semalam, 25 syawal, berakhirla sessi marhaban dan ziarah kat tempat aku. Jalan Sejambak 12. Kiranya, marhaban perdana la ni. 3 ekor kambing tumbang. Ada yang golek, ada yang masak buat lauk korma kot, aku tak sure. tapi memang sedap.   Banyak jugak la aku bedal...  Pastu, sampai umah dah 11.30. Makan ubat batuk ngan antibiotik. 12.30 aku dah tak blh tahan ngantuk. Terus lelap dengan lenanya.... sedor-sedor tengok jam pukul 7.15 pagi. Subuh terlepas, kerja pun tak sempat. Aku sambung balik sampai 9.30. Tengahari pegi keja half day. Itu pun sebab ada ISO audit, terpaksa pegi jugak. Huiii...leh tahan penangan kambing golek ngan ubat batuk.... sampai tak keja aku sekerat hari...

Wednesday, October 14, 2009

Bagan Pinang 2

Rasanya belum terlambat lagi untuk ucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad kerana menang besar kat Bagan Pinang. Akhirnya BN menang juga. Aku suka. 

Monday, October 12, 2009

Papadom

Sabtu. Keluar ke JB. Ada beberapa urusan penting. Repair spec, nak beli beberapa barang, ada pulak open house 2-3 rumah. Setelah settle 2-3 urusan, aku belok masuk ke Leisure Mall. Saja nak tengok cerita apa tengah main sekarang. Cerita melayu ada 3, Jin Notti, Momok & Papadom. Cerita luar, ada Sorority Row, Tsunami, Surrogate & Meat Balls. Semua setuju sebulat suara, terus beli tiket Papadom. Free je sebenarnya, aku redeem point UOB card. 

Keseluruhan cerita Papadom ni sangat menghiburkan. Garapan Afdlin Shauki kali ini memang cukup kemas dan banyak scene-scene yang spontan. Mungkin ada satu dua pelakon yg aku kurang minat, (ada yang lebih bagus, rasanya), tapi tidaklah begitu mencacatkan cerita ni. Loopholes adalah sikit, especially when dia tinggalkan gitu aje bisnes dia kat Penang. Lagipun, bila bisnes dah besar, tak nampak pulak apa peranan Saadom dalam bines tu. Memangla dia kerja kuat tapi tak nampak langsung macam tokey. Then, yang tak logik pun ada gak, tapi kelakar, tak kesahla.

Apapun, aku tabik kat bro Afdlin. So far, he is the best in his own league. Arwah Yasmin lain, Khabir Bhatia lain. Tak boleh nak compare. Pada yang belum tengok, pegi la tengok. Memang tak menyesal punya lah. Bak kata Amy Search...berbaloi-baloi...

Lepas tengok wayang, perut dah lapar, terus singgah 2 rumah lagi open house. Hehe...jimat budget malam tu...