Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Friday, October 2, 2009

ISA

Baru hari ni sempat baca blog chedet.cc tentang isu ISA. Bukan Isa Samad tapi Internal Security Act. Banyak kebenaran dalam apa yang dihujahkan oleh Tun. Saya memang setuju dengan ISA 100%. Cumanya, cara perlaksanaan perlulah diteliti dan dikaji semula.

Kadang-kadang kita memang setuju dengan penahanan seseorang individu kerana ketara relevannya dan jelas akibatnya jika tindakan tidak diambil keatas individu berkenaan. Namun demikian, ada masanya yang kita tak dapat nak faham relevannya seseorang itu ditahan. Nak kata mengancam keselamatan negara, tak juga. Tapi ditahan tanpa sebarang dakwaan.

Walaupun begitu, aku yakin PDRM masih berwibawa dan takkan menahan orang sesuka hati. Pastinya ada maklumat dan siasatan awal yang membawa kepada penahanan tersebut.  Korupsi / rasuah memang masih ada dan masih berleluasa. Tapi apakah jaminan yang korupsi tidak akan berlaku jika orang lain yang memerintah? Adakah orang-orang dari parti lain, PR misalnya, tidak akan mengamalkan rasuah atau tidak pernah mengamalkan rasuah? Ada ke yang berani bersumpah bahawa sepanjang karier politik mereka, mereka tidak pernah menerima apa-apa pun rasuah atau hadiah dari sesiapa? Ataupun tidak pernah kah mereka mengeluarkan duit sendiri untuk membelanja para penyokong, waima segelas teh tarik? Berani ker? (Sori, tersasar sikit)

Bukanlah soalan saya tadi bermaksud saya menyokong amalan rasuah. Tidak sama sekali. Cuma yang saya persoalkan adalah, golongan yang asyik menghentam kerajaan, kemudian suruh hapuskan ISA, dan mencanangkan kepada dunia bahwa mereka boleh memerintah dengan lebih baik, tanpa rasuah. Kepada golongan yang macam ni, saya nak tanya, ada tak cermin besar kat rumah mereka? Kalau adapun, pernah ke mereka tenung dalam-dalam ke dalam diri mereka? Betulke apa yang dicanangkan kepada dunia itu? Boleh ke ditunai apa yang dijanji kan kepada para penyokong? Cukup bersihke mereka itu? Benar2 berwibawa ke? 

Berbalik kepada isu ISA tadi, saya yakin kita masih perlukannya. Biarlah apa orang nak kata, pedulikan apa yang US dan British nak kritik. Ini negara kita, ini hak kita untuk menentukan. Apa yang perlu sekarang, adalah cara perlaksanaan yang patut dikaji semula dan diolah supaya menjadi lebih telus dan tulus. Beritau kepada rakyat, apa sebab penahanan seseorang, biarlah rakyat berbahas sama ada relevan atau tidak. Kalau cukup dengan evidennya, percayalah, kebenaran akan terbukti juga akhirnya.

The truth will prevail...

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang

Akhirnya Isa Samad dicalonkan semula di Bagan Pinang. Pertemuan satu lawan satu menentang Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, aku berharap para pengundi dapat membuat keputusan yang paling bijak dan rasional. Jangan buat keputusan berdasarkan emosi dan ikut2 cakap orang lain. Gunakan akal yang diberikan Allah dengan sebaik2nya.

Kali ini, kedua2 calon adalah orang Melayu Islam. Sudah tentu rata-rata penyokong adalah bangsa Melayu Islam juga. Sepertimana biasa, akan terbahagi dua lah orang-orang di Bagan Pinang mengikut fahaman politik masing2. Aku cukup tak seronok bila mengenangkan time berkempen, pasati akan ada kutuk-mengutuk, pekung aib orang dibuka, di"telanjangkan", benda yang tak betul, direka2, dihebah2kan,  supaya nampak real dan memalukan lawan, macam2 lagi la yang dibuat, asalkan dapat raih undi. Janji menang. Halal haram dosa pahala semua tolak tepi. 

Itulah. Bila diingat2 balik, aku teringat kisah dua ekor kambing yang bertembung atas jambatan sempit. Dua2 tak nak mengalah. Last-last dua-dua ekor terhumban dalam sungai. Buaya yang dah lama standby pon apa lagi, ngap je la. Yang akut takut sekali,  kalau Melayu ngan Melayu takde sefahaman, lama2 kalau orang lain yang jadi pemerintah kat Malaysia ni, jangan salahkan orang tu. Salahkan diri sendiri. salahkan bangsa sendiri yang tak reti nak berbaik2 dan bekerjasama. Macamana nak tercapai Satu Malaysia kalau sesama bangsa pon tak boleh nak bersatu?

Fikir2 kan la, wahai orang2 Melayu yang bijak pandai, kononnya....

Marhaban dan Ziarah

Malam tadi, buat kali pertama aku join aktiviti marhaban dan ziarah dengan persatuan penduduk taman tempat kediaman aku. Tahun lepas tak sempat, sebab aku pindah masuk lepas habis Syawal. 

Semalam, 24 ruamh di lorong pertama habis kami ziarahi. Seronok juga bila melihat penyertaan yang cukup ramai daripada penduduk. Lelaki saja dah lebih 70 orang, agak2 aku la. Perempuan kurang sikit, lebih kurang 30 - 40 orang. Boleh tahan la.

Aku memang menyokong penuh aktiviti macam ni. At least, aku dapat imbau balik zaman-zaman aku sekolah agama lebih kurang 30 tahun dulu. Macam ni la jugak, setiap malam sepanjang Syawal, kami akan beramai-ramai berkunjung dari satu rumah ke satu rumah untuk bermarhaban. Bezanya, dulu aku budak2. Seronoknya dari aspek lain. Sekarang ni, bila dah jadi bapak budak, seronoknya dari aspek lain pulak. 

Apa pun, aku bersyukur kerana masyarakat tempat aku masih lagi hidup dalam suasana dan semangat kejiranan yang baik dan harmoni. Amalan2 Islam pun masih giat dijalankan walaupun surau atau masjid belum lagi dapat didirikan. Sekurang2nya bagi anak2 yang tengah membesar, macam anak2 aku, mereka masih dapat melalui dan mengalami sendiri apa yang pernah aku lalui dulu, di zaman serba maju ni. Semoga kita semua tidak terlupa dengan asal-usul kita dan adat resam Melayu kita. Aminn.