Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Thursday, March 18, 2010

BBQ Party & Suaikenal kejiranan

Esok, lorong rumah aku akan anjurkan majlis suaikenal & BBQ party sesama jiran2 satu lorong ni. Ni 1st time kita nak cuba jayakan. Lagipun, deret depan rumah aku semua orang baru pindah, banding dengan kita orang yang dah pindah lebih setahun kat sini.

Setakat ni sambutan dan penerimaan dari semua jiran Alhamdulillah, positif semuanya. Aku harap semua yang dah commit akan datang seluruh keluarga sebab majlis ni dibuat untuk diorang semua. Aku dan 7-8 orang lagi dah 2 kali meeting, semalam sampai kul 11.00 mlm. Semua dah sebulat suara dan sepakat.

Objektif kami cuma nak merapatkan silaturrahim antara jiran, kalau boleh nak kenal semua, bukan ramai sgt pon, 40 buah rumah je. Dan juga bertukar2 no. telefon dan kenal suami / isteri dan anak2 masing2. 

Jadi, harap2 cuaca baik, dan majlis ni dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. Ni baru permulaan, lepas ni mungkin banyak lagi program yang akan diaturkan.