Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Thursday, August 5, 2010

1 Malaysia? Tak clear la...

Dah hampir 5 bulan aku biarkan blog ni berkarat....

Aku hilang mood nak tulis blog sejak idola aku, Arwah Din Beramboi kembali ke Rahmatullah bulan April lalu. Sejak itu, aku sibuk tercari2 cd sawancara ataupun drama sebabak, semata2 nak mendengar suara dan celoteh arwah Din.  Alhamdulillah, dah dapat dah. Yang original pun aku beli, yang download dari internet pon ada...

Sejak April aku dapat job baru, translate buku. Member bagi peluang, aku try la. Ok jugak. Tapi kena pulun gila-gila, ada masanya aku langsung tak tido malam, nak kejar dateline. Akhirnya, berhasil jugak. Bayaran boleh tahan. Aku tengah tunggu buku seterusnya.

Dalam masa 5 bulan ni, pelbagai cerita berlaku di dalam dan luar negara, aku tak sempat nak ulas satu persatu. Lagipun, dah basi kot, kalau baru sekarang aku nak ulas.

Yang terbaru, kes kematian misteri bekas ADUN Permatang dan pegawai peribadi beliau. Entahlah, aku malas nak buat spekulasi, biarlah pihak polis buat siasatan terperinci.

Hal politik pun macam2 juga, macam biasalah, banyak yang menyakitkan hati, especially bila tengok perangai si Nizar yang takde moral tu. Dah gila talak la tu!

Sekarang ni, heboh pasal rakyat tak faham makna Satu Malaysia, anjuran PM kita. Aku ingat aku je yang tak paham, rupanya Tun Mahathir pun tak paham. Itu la, sepatutnya PM ataupun kerajaan kena keluarkan satu buku ataupun risalah yang boleh menjelaskan maksud dan aspirasi PM tentang 1Malaysia ni. Kalau tak, bermacam-macam interpretasi yang akan dibuat oleh berjuta2 rakyat Malaysia mengikut kefahaman masing2. Akibatnya, apa pun tak jadi. 

Kenapa perlu ada slogan2 macam tu, 1Malaysia la, Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan la, Juara Rakyat la... mengarut je semua tu..apa yang penting pada aku pada masa sekarang ni ialah perpaduan, terutama perpaduan bangsa Melayu yang menurut kata Tun Mahathir akan menjadi minoriti di negara sendiri, sekiranya keadaan politik sekarang berterusan.

PAS masih lagi nak bermusuh dengan UMNO tapi dalam masa yang sama tidur sekatil dengan PKR dan DAP. So bila kita boleh bersatu ni? Bila bangsa Melayu nak jadi kuat ni?

Secara peribadi aku kurang minat dengan slogan Satu Malaysia ni. Bukan aku menentang PM, cuma aku tak suka slogan tu. Mungkin aku ni nampak macam perkauman sikit, tapi takpe lah. Pada aku, kita kena ada semangat perkauman, baru kita ada perasaan ingin bersaing supaya jadi lebih maju, terutama dalam pelajaran, ekonomi dan taraf hidup.

Maklum saja lah, semua orang tau, bangsa kita ni agak ketinggalan kalau dibandingkan dengan Cina dari segi ekonomi, pelajaran mahupun taraf hidup. Kalau kita ikut slogan Satu Malaysia, kita dah tak nampak sangat perbezaan dan di mana duduknya taraf kita sebagai bangsa Melayu. Jatidiri sebagai Melayu pun mungkin akan beransur-ansur hilang.

Ini pendapat peribadi aku aje, banyak lagi sebenarnya yang aku nak perkatakan, tapi aku malas menaip banyak2. Mungkin tafsiran aku berbeza dengan aspirasi PM. Itu sebabnya, aku cakap, seperti yang Tun M cakap, PM kena jelaskan betul2. Baru clear....