Salam
Lama dah aku tak update blog ni. Sibuk sikit la. Especially last weekends. Hari Jumaat aku kena pegi Melaka, attend konvensyen dengan 4 org lagi colleagues. Plan nak bertolak lepas 2.30. Pagi2 datang keja, dapat kejutan ada member masuk hospital, kena heart attack. Perghhh! Kawan tu muda lagi, muda setahun drpd aku. Tapi dia memang ada darah tinggi... Adusss, insaf aku. Aku pegi la HSI nak melawat tapi guard tak bagi masuk, belum time lagi. So, aku pusing belakang, cari member kat Pantai Medivest. Nasib baik ada kawan lama aku kerja lagi kat situ. So, mintak tolong dia bawak aku masuk. Mujur dapat masuk ke wad CCU tu. Tapi member tu baru makan ubat, doktor suruh tido, so dia tak tau kesah yang aku datang melawat.
Lepas semayang Jumaat, aku ngan Din pun bertolak la ke Melaka. Sampai kat A Famosa pukul 6.00 ptg. Terus check-in, then keluar balik gi rehearsal kat Honda Malaysia. Lepas rehearsal, aku bawak member2 gi makan kat Pengkalan Balak. Boleh tahan la, walaupun tak berapa happening tempat tu. Lepas makan, kitorang gi Bandaraya Melaka. Sepanjang jalan kena bantai ngan hujan selebat-lebatnya. Redah jugalah. Last-last kitorang stop kat kedai mamak belakang Dataran Pahlawan. Itu aje tempat yang boleh parking. Tempat lain, samada banyak kereta ataupun air dah naik separuh tayar. Lepas minum, kitorang balik, sampai hotel dah pukul 12.00. Punya la susah aku nak tido sorang-sorang malam tu. Jajan semua tertinggal dalam kereta. Nak turun, malas. 2.30 pagi baru aku terlelap.
Pagi Sabtu 31/10/09. Sampai kat HMSB kul 8.00 pagi. Konvensyen start pukul 8.30. Tercongokla aku sehari suntuk kat situ sampai ke petang. Aktiviti aku, selain dengar presentation, turun bawah, bakar muncung, pegi toilet, duduk lagi, turun lagi, bakar muncung. Sampai lah pukul 6.30, konvensyen habis, aku sambung meeting pulak sampai 7.30. Jenuh la kawan2 aku menunggu kat luar.
Lepas meeting, start kereta, terus pecut gi Umbai, kena ikan bakar. Kat sini ok sikit, orang ramai, kira happening la jugak. 10.20 kitorang chow balik JB. Sampai dah 12.30 malam. Orang sebelah rumah aku baru habis kenduri doa selamat nak pegi haji. Tak dapat aku nak join, nasib baik wife aku dapat tolong rewang.
Ahad, 1/11/09. Aku siap2, terus keluar bawak isteri dan anak2 gi HSI, melawat kawan yang masih dalam CCU. Kali ni, dia dah sedar, dah boleh bercakap. Kesian aku tengok. Dia ni kira antara kawan yang agak rapat jugakla ngan aku. Mudah-mudahan dia akan cepat sembuh ........... Aminnn.
2 comments:
Salam Don..Blog yang menariklah..Ayat-ayat Don ringkas dan mudah difaham. Ralit CCZ baca. CCZ doakan moga rakan Don cepat sembuh. Nanti CCZ jengah lagi k..
Salam CCZ, terima kasih kerana sudi menjengah.... jgn puji lebih2.... biasa je ni..baru nak belajar...
Post a Comment