Alhamdulillah, semalam aku dapat join lagi sekali program marhaban dan ziarah kat taman aku. Nampaknya macam lebih ramai dari hari tu. Kali ni lebih seronok sikit, sebab dah mula kenal lebih ramai jiran berbanding hari pertama tu.
Sistem kali ni, lain sikit. Semua rumah tak prepare makan, instead diorang donate sorang sikit, sewa canopy dan makan setempat. Senang sikit arrangement macam ni. So aku tengok2 keliling, mula la mencari jiran-jiran sejalan dengan aku. Dapat la kumpulkan 5-6 orang. Mujurlah semuanya sepakat, kita pun nak buat macam tu juga. Donate duit dan makan setempat. Senang sikit dan jimat masa. Salah sorang jiran tu dengan rela hati nak suruh buat depan rumah dia, sewa canopy pun dia nak settlekan. Ok sangatla tu.
Lama-lama aku makin seronok dan selesa tinggal kat sini. Yalah, bila dah kenal ramai orang, taklah kita rasa macam orang asing lagi kan. Rumors negatif yang aku dengar selama ni, actually not that bad. Mungkin kat orang-orang tertentu aje kot. Tak kesahlah kalau orang nak kata aku kat belakang, aku tak dengar, lantak la. So, biarlah apa orang nak kata. Pada aku, aku kena buat apa yang aku kena buat. Orang suka ke tak, terpulang lah. Yang penting Allah tau, niat aku ikhlas.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment