Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Friday, October 2, 2009

ISA

Baru hari ni sempat baca blog chedet.cc tentang isu ISA. Bukan Isa Samad tapi Internal Security Act. Banyak kebenaran dalam apa yang dihujahkan oleh Tun. Saya memang setuju dengan ISA 100%. Cumanya, cara perlaksanaan perlulah diteliti dan dikaji semula.

Kadang-kadang kita memang setuju dengan penahanan seseorang individu kerana ketara relevannya dan jelas akibatnya jika tindakan tidak diambil keatas individu berkenaan. Namun demikian, ada masanya yang kita tak dapat nak faham relevannya seseorang itu ditahan. Nak kata mengancam keselamatan negara, tak juga. Tapi ditahan tanpa sebarang dakwaan.

Walaupun begitu, aku yakin PDRM masih berwibawa dan takkan menahan orang sesuka hati. Pastinya ada maklumat dan siasatan awal yang membawa kepada penahanan tersebut.  Korupsi / rasuah memang masih ada dan masih berleluasa. Tapi apakah jaminan yang korupsi tidak akan berlaku jika orang lain yang memerintah? Adakah orang-orang dari parti lain, PR misalnya, tidak akan mengamalkan rasuah atau tidak pernah mengamalkan rasuah? Ada ke yang berani bersumpah bahawa sepanjang karier politik mereka, mereka tidak pernah menerima apa-apa pun rasuah atau hadiah dari sesiapa? Ataupun tidak pernah kah mereka mengeluarkan duit sendiri untuk membelanja para penyokong, waima segelas teh tarik? Berani ker? (Sori, tersasar sikit)

Bukanlah soalan saya tadi bermaksud saya menyokong amalan rasuah. Tidak sama sekali. Cuma yang saya persoalkan adalah, golongan yang asyik menghentam kerajaan, kemudian suruh hapuskan ISA, dan mencanangkan kepada dunia bahwa mereka boleh memerintah dengan lebih baik, tanpa rasuah. Kepada golongan yang macam ni, saya nak tanya, ada tak cermin besar kat rumah mereka? Kalau adapun, pernah ke mereka tenung dalam-dalam ke dalam diri mereka? Betulke apa yang dicanangkan kepada dunia itu? Boleh ke ditunai apa yang dijanji kan kepada para penyokong? Cukup bersihke mereka itu? Benar2 berwibawa ke? 

Berbalik kepada isu ISA tadi, saya yakin kita masih perlukannya. Biarlah apa orang nak kata, pedulikan apa yang US dan British nak kritik. Ini negara kita, ini hak kita untuk menentukan. Apa yang perlu sekarang, adalah cara perlaksanaan yang patut dikaji semula dan diolah supaya menjadi lebih telus dan tulus. Beritau kepada rakyat, apa sebab penahanan seseorang, biarlah rakyat berbahas sama ada relevan atau tidak. Kalau cukup dengan evidennya, percayalah, kebenaran akan terbukti juga akhirnya.

The truth will prevail...

No comments: