Malam tadi, buat kali pertama aku join aktiviti marhaban dan ziarah dengan persatuan penduduk taman tempat kediaman aku. Tahun lepas tak sempat, sebab aku pindah masuk lepas habis Syawal.
Semalam, 24 ruamh di lorong pertama habis kami ziarahi. Seronok juga bila melihat penyertaan yang cukup ramai daripada penduduk. Lelaki saja dah lebih 70 orang, agak2 aku la. Perempuan kurang sikit, lebih kurang 30 - 40 orang. Boleh tahan la.
Aku memang menyokong penuh aktiviti macam ni. At least, aku dapat imbau balik zaman-zaman aku sekolah agama lebih kurang 30 tahun dulu. Macam ni la jugak, setiap malam sepanjang Syawal, kami akan beramai-ramai berkunjung dari satu rumah ke satu rumah untuk bermarhaban. Bezanya, dulu aku budak2. Seronoknya dari aspek lain. Sekarang ni, bila dah jadi bapak budak, seronoknya dari aspek lain pulak.
Apa pun, aku bersyukur kerana masyarakat tempat aku masih lagi hidup dalam suasana dan semangat kejiranan yang baik dan harmoni. Amalan2 Islam pun masih giat dijalankan walaupun surau atau masjid belum lagi dapat didirikan. Sekurang2nya bagi anak2 yang tengah membesar, macam anak2 aku, mereka masih dapat melalui dan mengalami sendiri apa yang pernah aku lalui dulu, di zaman serba maju ni. Semoga kita semua tidak terlupa dengan asal-usul kita dan adat resam Melayu kita. Aminn.
No comments:
Post a Comment