Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Tuesday, August 18, 2009

Salam Ramadhan

Kepada semua kawan2 beragama Islam, diucapkan Selamat Menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga dengan berkatnya Ramadhan itu akan terhapuslah wabak virus durjana H1N1 tu, mana tau. Harap-harap begitulah...

Yang ada hutang puasa tahun lepas, dah bayar ke belum? Kalau belum, masih ada 2 hari lagi. Rabu & Kamis je, Jumaat dah tak boleh, dah kira hari syak. Yang ada gaduh2 dengan orang, masam-masam muka, tak puas hati, sakit hati, kecik hati, diharap bermaaf-maafan lah. Jangan ditunggu hari raya, kalau tak sempat raya, camner? Lagipun, kalau dah bermaafan sebelum puasa, Insya Allah kita akan lebih aman berpuasa. 

Lagipun, selalunya bila tiba raya nanti, bila nak bermaafan, bukannya betul sangat. Biasanya kalau orang2 muda ni, salam, pastu cakap kosong-kosong. Macam takde makna.

Jadi, saya, sebagai manusia biasa yang tak pernah lekang dari membuat kesalahan dan kesilapan, ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan yang telah saya lakukan terhadap kawan-kawan semua.

No comments: