Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Sunday, August 16, 2009

Aktiviti Hari Ahad

Macam biasa, setiap hari Ahad aku memang lepak. Ada je projek aku nak buat. Ari ni, cat rumah. Mula dari bangun pagi, aku start mengecat depan rumah. Sebenarnya dah tak banyak. Tinggal sebelah je, yang sebelah aku dah buat minggu lepas. Tapi walaupun tak banyak, disebabkan tinggi, teruk jugalah aku naik turun tangga. Lebih 30 kali rasanya kot.

Ingat kan setengah hari dah boleh settle, last-last pukul 5 jugak baru siap. Tengkuk aku pun rasa macam dah tak boleh pusing2, lenguh semacam. Duduk penat, baring sengal pulak. Tapi bila menengok balik hasil kerja aku ari ni, kira puas hati sangat la. Walaupun tak pro dan ada juga comot sana sini, yang penting aku buat sendiri, dengan tangan sendiri dan kreativiti aku sendiri. (Sori gambar takde, tak sempat nak amek)

Lepas ni, tinggal belakang je lagi. Tapi bila aku nak buat? Sabtu depan dah stat bulan puasa. Tak sanggup aku nak mengecat time puasa. Pancit wooo......kalau time tak puasa macam ari ni, pancit jek aku sumbat 100 Plus, datang balik tenaga aku. 4 gelas aku togok hari ni. Tp kalau bulan puasa....cair la.....

Tengokla keadaan.....

No comments: