Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Saturday, August 15, 2009

Drama Nur Kasih


Dalam banyak2 drama Melayu kat TV sekarang ni, saya sangat tertarik dan teruja untuk menonton dama Nur Kasih di TV3 setiap malam Sabtu. Hampir semuanya mengenai drama ini saya suka. Dari aspek lakonan, mimik muka, dialog, lokasi, cinematografi, flashback, editing, lighting dan jalan ceritanya, semuanya sangat menarik dan kemas. Cuma saya kurang berkenan, sebenarnya sangat tidak berkenan, ialah iklan yang terlalu banyak dan lama.

Malam tadi walaupun dah mengantuk sangat sebab makan pil tahan sakit gigi, tetap saya jegilkan juga biji mata supaya tidak terlepas drama ini. Terlepas juga 5 minit yang pertama. Nasib baik yang seterusnya dapat saya tonton.

Bagi peminat Nur Kasih, apa agaknya yang berlaku selepas ini? Adakah Nur Amina akan menerima Adam kembali? Bagaiman dengan nasib Katrina yang dihantar ke hospital sakit jiwa? Yang paling kesian dalam cerita ni ialah Aidil. Dengan sapa la dia nak kawin. Takkan nak kawin dengan Sarah gedik tu... apa-apa pun, kita tunggu jelah next episode..k...

No comments: