Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Thursday, August 13, 2009

Lawak Bodoh

Skrg ni, selain daripada CSI dan banyak lagi cerita-cerita lain kat TV, aku suka juga menonton Astro Warna, (saluran 132) saluran komedi di Astro Mustika. Bahkan, aku memang tertunggu-tunggu beberapa rancangan yang telah disusun setiap hari. Antaranya Spontan, Gerabak, Ten Ten Ten dan Ek Eleh Afdlin.

Sebahagian orang tak paham kenapa aku suka sangat dengan rancangan2 komedi macam tu. Kononnya lawak-lawak orang Melayu ni lawak bodoh. Aku sebenarnya meluat dengan golongan Melayu macam ni, yang tak suka dengan apa yang orang Melayu boleh buat. Kalau orang Melayu buat lawak, diorang susah nak gelak, samada tak paham ataupun malu nak ketawa. Takut orang kata dia bodoh sama macam pelawak2 tu.

Jawapan aku senang. Pertamanya, sebab aku suka ketawa. Walaupun muka aku serius, tapi sense of humor aku tinggi. Aku pun jarang gelak kuat, sekadar tersenyum dan gelak2 sikit, tapi hati aku tetap seronok.

Yang keduanya, aku fikir, orang bodoh tak boleh buat lawak. Kalau dia cuba pon orang tak boleh gelak. Tapi kalau diperhalusi betol2, pelawak2 kita yang berlakon dalam 4 rancangan diatas, bukanlah calang-calang orang. Mereka sangat brilliant. Contohnya, Afdlin Shauki dan Din Beramboi yang terkenal dengan perangai biolnya dan gila-gila bahasa. Tapi orangnya bukan biol. Dia orang bijak, otaknya refleks dengan begitu pantas, tak terjangkau dek otak kita. Dalam bahasa Jawa, he's very unpredictable. Ingatkan dia nak cakap lain, tapi lain pulak yang terpacul daripada mulut Din Beramboi.

Dengar aje lah tiap pagi Isnin - Jumaat pukul 7.20 pagi, 8.00 pagi kat radio ERA. Drama sebabak lakonan Din Beramboi. Betapa cepatnya mulut Din menjawab dan membalas balik dialog oleh para pemanggil, dengan jawapan yang kelakar plak tu. Aznil tak boleh cakap apa, gelak ajelah keja dia.

Mat Salleh pun ada rancangan macam Spontan ni , iaitu Whose Line Is It Anyway? yang diketuai oleh Drew Carrey. Similar la. Kelako giler. Memang kalau orang tak brilliant, takkan jadi rancangan tu.

So kepada golongan Melayu elit yang perasan bagus tu, cuba lah bukak sikit minda korang. Luangkan masa kejap, tengok Spontan or Ek Eleh Afdlin. Memang kadang2 tak ada mesej, takde pengajaran apa-apa. Aku pun dah setkan minda aku, aku tengok rancangan macam ni bukan nakkan mesej, aku nak gelak aje. Kalau nak mesej, pengajaran , ilmu, tengokla Discovery Channel ke, Astro Oasis ke. Jangan cari mesej kat rancangan komedi.

Kalau korang tak boleh gelak tengok Spontan, aku anggap korang ni macam manusia takde perasaan la. Takpun, korang yang lebih pandai buat lawak kot. Try buat sekali depan aku, tengok aku boleh gelak ke tak.

Bak kata Pak Hamid Gurkha, "Orang kata lawak aku lawak bodo, aku pedulik hapa!"

No comments: