Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi........

Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang...


Idola ku

Thursday, December 10, 2009

Karat

Salam semua ......                         

Uiiii..dah naik berkarat dah blog ni.... sibuk sikit la..         

Banyak yang berlaku dalam masa sebulan ni, sampai aku pun dah tak ingat nak cerita yang mana satu.                  

Takpe la, nanti aku cerita la pasal benda yang baru berlaku, benda yang lama tu dah basi la

 

Monday, November 2, 2009

Last weekends

Salam                 

Lama dah aku tak update blog ni. Sibuk sikit la. Especially last weekends. Hari Jumaat aku kena pegi Melaka, attend konvensyen dengan 4 org lagi colleagues. Plan nak bertolak lepas 2.30. Pagi2 datang keja, dapat kejutan ada member masuk hospital, kena heart attack. Perghhh! Kawan tu muda lagi, muda setahun drpd aku. Tapi dia memang ada darah tinggi... Adusss, insaf aku. Aku pegi la HSI nak melawat tapi guard tak bagi masuk, belum time lagi. So, aku pusing belakang, cari member kat Pantai Medivest. Nasib baik ada kawan lama aku kerja lagi kat situ. So, mintak tolong dia bawak aku masuk. Mujur dapat masuk ke wad CCU tu. Tapi member tu baru makan ubat, doktor suruh tido, so dia tak tau kesah yang aku datang melawat.              

    

Lepas semayang Jumaat, aku ngan Din pun bertolak la ke Melaka. Sampai kat A Famosa pukul 6.00 ptg. Terus check-in, then keluar balik gi rehearsal kat Honda Malaysia. Lepas rehearsal, aku bawak member2 gi makan kat Pengkalan Balak. Boleh tahan la, walaupun tak berapa happening tempat tu. Lepas makan, kitorang gi Bandaraya Melaka. Sepanjang jalan kena bantai ngan hujan selebat-lebatnya. Redah jugalah. Last-last kitorang stop kat kedai mamak belakang Dataran Pahlawan. Itu aje tempat yang boleh parking. Tempat lain, samada banyak kereta ataupun air dah naik separuh tayar. Lepas minum, kitorang balik, sampai hotel dah pukul 12.00. Punya la susah aku nak tido sorang-sorang malam tu. Jajan semua tertinggal dalam kereta. Nak turun,  malas.  2.30 pagi baru aku terlelap.     

Pagi Sabtu 31/10/09. Sampai kat HMSB kul 8.00 pagi. Konvensyen start pukul 8.30. Tercongokla aku sehari suntuk kat situ sampai ke petang. Aktiviti aku, selain dengar presentation, turun bawah, bakar muncung, pegi toilet, duduk lagi, turun lagi, bakar muncung. Sampai lah pukul 6.30, konvensyen habis, aku sambung meeting pulak sampai 7.30. Jenuh la kawan2 aku menunggu kat luar.        

Lepas meeting, start kereta, terus pecut gi Umbai, kena ikan bakar. Kat sini ok sikit, orang ramai, kira happening la jugak. 10.20 kitorang chow balik JB. Sampai dah 12.30 malam. Orang sebelah rumah aku baru habis kenduri doa selamat nak pegi haji. Tak dapat aku nak join, nasib baik wife aku dapat tolong rewang.     

Ahad, 1/11/09. Aku siap2, terus keluar bawak isteri dan anak2 gi HSI, melawat kawan yang masih dalam CCU. Kali ni, dia dah sedar, dah boleh bercakap. Kesian aku tengok. Dia ni kira antara kawan yang agak rapat jugakla ngan aku. Mudah-mudahan dia akan cepat sembuh  ...........  Aminnn.

Monday, October 26, 2009

Blog Update

I last updated this blog 11 days ago. And it seems way too long...   

Have done plenty the past weeks, but I don't remember what....   

Soooo absent minded today....... I wonder why???

Thursday, October 15, 2009

Marhaban dan Ziarah 4

Alhamdulillah, semalam, 25 syawal, berakhirla sessi marhaban dan ziarah kat tempat aku. Jalan Sejambak 12. Kiranya, marhaban perdana la ni. 3 ekor kambing tumbang. Ada yang golek, ada yang masak buat lauk korma kot, aku tak sure. tapi memang sedap.   Banyak jugak la aku bedal...  Pastu, sampai umah dah 11.30. Makan ubat batuk ngan antibiotik. 12.30 aku dah tak blh tahan ngantuk. Terus lelap dengan lenanya.... sedor-sedor tengok jam pukul 7.15 pagi. Subuh terlepas, kerja pun tak sempat. Aku sambung balik sampai 9.30. Tengahari pegi keja half day. Itu pun sebab ada ISO audit, terpaksa pegi jugak. Huiii...leh tahan penangan kambing golek ngan ubat batuk.... sampai tak keja aku sekerat hari...

Wednesday, October 14, 2009

Bagan Pinang 2

Rasanya belum terlambat lagi untuk ucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad kerana menang besar kat Bagan Pinang. Akhirnya BN menang juga. Aku suka. 

Monday, October 12, 2009

Papadom

Sabtu. Keluar ke JB. Ada beberapa urusan penting. Repair spec, nak beli beberapa barang, ada pulak open house 2-3 rumah. Setelah settle 2-3 urusan, aku belok masuk ke Leisure Mall. Saja nak tengok cerita apa tengah main sekarang. Cerita melayu ada 3, Jin Notti, Momok & Papadom. Cerita luar, ada Sorority Row, Tsunami, Surrogate & Meat Balls. Semua setuju sebulat suara, terus beli tiket Papadom. Free je sebenarnya, aku redeem point UOB card. 

Keseluruhan cerita Papadom ni sangat menghiburkan. Garapan Afdlin Shauki kali ini memang cukup kemas dan banyak scene-scene yang spontan. Mungkin ada satu dua pelakon yg aku kurang minat, (ada yang lebih bagus, rasanya), tapi tidaklah begitu mencacatkan cerita ni. Loopholes adalah sikit, especially when dia tinggalkan gitu aje bisnes dia kat Penang. Lagipun, bila bisnes dah besar, tak nampak pulak apa peranan Saadom dalam bines tu. Memangla dia kerja kuat tapi tak nampak langsung macam tokey. Then, yang tak logik pun ada gak, tapi kelakar, tak kesahla.

Apapun, aku tabik kat bro Afdlin. So far, he is the best in his own league. Arwah Yasmin lain, Khabir Bhatia lain. Tak boleh nak compare. Pada yang belum tengok, pegi la tengok. Memang tak menyesal punya lah. Bak kata Amy Search...berbaloi-baloi...

Lepas tengok wayang, perut dah lapar, terus singgah 2 rumah lagi open house. Hehe...jimat budget malam tu...

Thursday, October 8, 2009

Marhaban dan Ziarah 3

Malam tadi marhaban di lorong aku pulak, Sejambak 8. Target 21 rumah, tapi finally cuma 15 yg bukak pintu. Takpe, mungkin keadaan tak mengizinkan tahun ini. Insya Allah tahun depan  diorang akan bukak kot.

Akhirnya, lega bila rumah aku sendiri dah settle. Sebab ini adalah 1st time kat sini, aku anxious jugak nak tau macamana keadaannya. Fuhh...boleh tahan. Lelaki masuk dulu lebih kurang 70 orang. Lepas tu kaum pompuan pulak, tak kurang dari 70 jugak, mungkin lebih. Oleh kerana rumah aku di tengah, jadi orang memang lebih ramai kalau compare dengan rumah yang awal. Aku happy sebab semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. 

Makanan yang kitorang sediakan di rumah hujung, mencukupi untuk semua, siap ada yang tapaw. Buah2 honey dew & epal merah yang wife aku dah perapkan dengan kulit limau, cuma tinggal mangkuk je. Alhamdulillah, tak terdengar suara-suara sumbang yang komplen itu ini.

Last sekali, aku betul2 terkejut bila ada orang tiba2 tegur aku dan bertanyakan nama sekolah aku. "Kau budak EC ke dulu?" Lama aku tenung muka brader tu. Bila dia bukak songkok, laaa..memang kawan sekolah aku dulu. Lebih kurang 25 - 26 tahun tak jumpa. Aku tanya rumah dia kat mana. Selamba je dia jawab, betul-betul belakang rumah kau. Laaaa...lagi sekali aku tergezut. Aku selalu nampak brader ni, tapi dia pakai songkok masa marhaban atau pun tahlil. Dia pun tak perasan aku sebab aku dah banyak berubah sejak dari sekolah dulu. Cuma katanya, bila imam tu berdoa dan sebut nama aku, baru dia recall 26 tahun dulu.

Subhanallah.... 

Tuesday, October 6, 2009

Marhaban dan Ziarah 2

Alhamdulillah, semalam aku dapat join lagi sekali program marhaban dan ziarah kat taman aku. Nampaknya macam lebih ramai dari hari tu. Kali ni lebih seronok sikit, sebab dah mula kenal lebih ramai jiran berbanding hari pertama tu. 

Sistem kali ni, lain sikit. Semua rumah tak prepare makan, instead diorang donate sorang sikit, sewa canopy dan makan setempat. Senang sikit arrangement macam ni. So aku tengok2 keliling, mula la mencari jiran-jiran sejalan dengan aku. Dapat la kumpulkan 5-6 orang. Mujurlah semuanya sepakat, kita pun nak buat macam tu juga. Donate duit dan makan setempat. Senang sikit dan jimat masa. Salah sorang jiran tu dengan rela hati nak suruh buat depan rumah dia, sewa canopy pun dia nak settlekan. Ok sangatla tu.

Lama-lama aku makin seronok dan selesa tinggal kat sini. Yalah, bila dah kenal ramai orang, taklah kita rasa macam orang asing lagi kan. Rumors negatif yang aku dengar selama ni, actually not that bad. Mungkin kat orang-orang tertentu aje kot. Tak kesahlah kalau orang nak kata aku kat belakang, aku tak dengar, lantak la. So, biarlah apa orang nak kata. Pada aku, aku kena buat apa yang aku kena buat. Orang suka ke tak, terpulang lah. Yang penting Allah tau, niat aku ikhlas.

Wasalam.

Friday, October 2, 2009

ISA

Baru hari ni sempat baca blog chedet.cc tentang isu ISA. Bukan Isa Samad tapi Internal Security Act. Banyak kebenaran dalam apa yang dihujahkan oleh Tun. Saya memang setuju dengan ISA 100%. Cumanya, cara perlaksanaan perlulah diteliti dan dikaji semula.

Kadang-kadang kita memang setuju dengan penahanan seseorang individu kerana ketara relevannya dan jelas akibatnya jika tindakan tidak diambil keatas individu berkenaan. Namun demikian, ada masanya yang kita tak dapat nak faham relevannya seseorang itu ditahan. Nak kata mengancam keselamatan negara, tak juga. Tapi ditahan tanpa sebarang dakwaan.

Walaupun begitu, aku yakin PDRM masih berwibawa dan takkan menahan orang sesuka hati. Pastinya ada maklumat dan siasatan awal yang membawa kepada penahanan tersebut.  Korupsi / rasuah memang masih ada dan masih berleluasa. Tapi apakah jaminan yang korupsi tidak akan berlaku jika orang lain yang memerintah? Adakah orang-orang dari parti lain, PR misalnya, tidak akan mengamalkan rasuah atau tidak pernah mengamalkan rasuah? Ada ke yang berani bersumpah bahawa sepanjang karier politik mereka, mereka tidak pernah menerima apa-apa pun rasuah atau hadiah dari sesiapa? Ataupun tidak pernah kah mereka mengeluarkan duit sendiri untuk membelanja para penyokong, waima segelas teh tarik? Berani ker? (Sori, tersasar sikit)

Bukanlah soalan saya tadi bermaksud saya menyokong amalan rasuah. Tidak sama sekali. Cuma yang saya persoalkan adalah, golongan yang asyik menghentam kerajaan, kemudian suruh hapuskan ISA, dan mencanangkan kepada dunia bahwa mereka boleh memerintah dengan lebih baik, tanpa rasuah. Kepada golongan yang macam ni, saya nak tanya, ada tak cermin besar kat rumah mereka? Kalau adapun, pernah ke mereka tenung dalam-dalam ke dalam diri mereka? Betulke apa yang dicanangkan kepada dunia itu? Boleh ke ditunai apa yang dijanji kan kepada para penyokong? Cukup bersihke mereka itu? Benar2 berwibawa ke? 

Berbalik kepada isu ISA tadi, saya yakin kita masih perlukannya. Biarlah apa orang nak kata, pedulikan apa yang US dan British nak kritik. Ini negara kita, ini hak kita untuk menentukan. Apa yang perlu sekarang, adalah cara perlaksanaan yang patut dikaji semula dan diolah supaya menjadi lebih telus dan tulus. Beritau kepada rakyat, apa sebab penahanan seseorang, biarlah rakyat berbahas sama ada relevan atau tidak. Kalau cukup dengan evidennya, percayalah, kebenaran akan terbukti juga akhirnya.

The truth will prevail...

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang

Akhirnya Isa Samad dicalonkan semula di Bagan Pinang. Pertemuan satu lawan satu menentang Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, aku berharap para pengundi dapat membuat keputusan yang paling bijak dan rasional. Jangan buat keputusan berdasarkan emosi dan ikut2 cakap orang lain. Gunakan akal yang diberikan Allah dengan sebaik2nya.

Kali ini, kedua2 calon adalah orang Melayu Islam. Sudah tentu rata-rata penyokong adalah bangsa Melayu Islam juga. Sepertimana biasa, akan terbahagi dua lah orang-orang di Bagan Pinang mengikut fahaman politik masing2. Aku cukup tak seronok bila mengenangkan time berkempen, pasati akan ada kutuk-mengutuk, pekung aib orang dibuka, di"telanjangkan", benda yang tak betul, direka2, dihebah2kan,  supaya nampak real dan memalukan lawan, macam2 lagi la yang dibuat, asalkan dapat raih undi. Janji menang. Halal haram dosa pahala semua tolak tepi. 

Itulah. Bila diingat2 balik, aku teringat kisah dua ekor kambing yang bertembung atas jambatan sempit. Dua2 tak nak mengalah. Last-last dua-dua ekor terhumban dalam sungai. Buaya yang dah lama standby pon apa lagi, ngap je la. Yang akut takut sekali,  kalau Melayu ngan Melayu takde sefahaman, lama2 kalau orang lain yang jadi pemerintah kat Malaysia ni, jangan salahkan orang tu. Salahkan diri sendiri. salahkan bangsa sendiri yang tak reti nak berbaik2 dan bekerjasama. Macamana nak tercapai Satu Malaysia kalau sesama bangsa pon tak boleh nak bersatu?

Fikir2 kan la, wahai orang2 Melayu yang bijak pandai, kononnya....

Marhaban dan Ziarah

Malam tadi, buat kali pertama aku join aktiviti marhaban dan ziarah dengan persatuan penduduk taman tempat kediaman aku. Tahun lepas tak sempat, sebab aku pindah masuk lepas habis Syawal. 

Semalam, 24 ruamh di lorong pertama habis kami ziarahi. Seronok juga bila melihat penyertaan yang cukup ramai daripada penduduk. Lelaki saja dah lebih 70 orang, agak2 aku la. Perempuan kurang sikit, lebih kurang 30 - 40 orang. Boleh tahan la.

Aku memang menyokong penuh aktiviti macam ni. At least, aku dapat imbau balik zaman-zaman aku sekolah agama lebih kurang 30 tahun dulu. Macam ni la jugak, setiap malam sepanjang Syawal, kami akan beramai-ramai berkunjung dari satu rumah ke satu rumah untuk bermarhaban. Bezanya, dulu aku budak2. Seronoknya dari aspek lain. Sekarang ni, bila dah jadi bapak budak, seronoknya dari aspek lain pulak. 

Apa pun, aku bersyukur kerana masyarakat tempat aku masih lagi hidup dalam suasana dan semangat kejiranan yang baik dan harmoni. Amalan2 Islam pun masih giat dijalankan walaupun surau atau masjid belum lagi dapat didirikan. Sekurang2nya bagi anak2 yang tengah membesar, macam anak2 aku, mereka masih dapat melalui dan mengalami sendiri apa yang pernah aku lalui dulu, di zaman serba maju ni. Semoga kita semua tidak terlupa dengan asal-usul kita dan adat resam Melayu kita. Aminn.

Thursday, September 17, 2009

Salam Syawal

Kini Syawal menjelma kembali. Bermacam-macam perasaan yang timbul ketika ini. Gembira, riang, seronok, bangga, sedih, sayu hati, berat hati, jauh hati, semuanya bersilih ganti mengambil tempat dalam hati aku. Kadang-kadang aku pun tak pasti, samada aku memang suka sangat bila tiba hari raya atau pun aku sedih sebenarnya.

Entahlah, dulu masa kecik, tak pernah pon rasa macam ni, yang aku tau cuma seronok je. Tapi bila ada keluarga sendiri macam sekarang, emak abah pon dah takde (tinggal mak mertua je), perasaan2 tadi mula datang satu persatu.

Aku seronok  bila melihat gelagat anak2 yang riang menyambut raya, mengumpul duit raya.

Aku gembira bila tengok orang berduyun-duyun ke masjid solat sunat aidlfitri, lepas tu berduyun2 pulak beraya ke sana ke mari.

Aku bangga bila tengok rumah aku yang baru siap aku cat dengan tangan aku sendiri, dengan kreativiti aku sendiri.

Aku lega bila aku masih lagi mampu beri kanak2 duit raya, walaupun tak banyak mana.

Aku bahagia dengan keluarga kecil yang aku ada, walaupun kami tidak mewah dan tidak juga kaya.

Tapi aku sedih bila mengenangkan arwah mak abah aku. Aku tak sempat berkongsi banyak perkara dengan mereka. Tapi aku redha dengan ketentuan Allah. 

Aku sayu bila melihat rumah pusaka peninggalan mak abah aku semakin uzur keadaannya. Tak banyak yang boleh aku buat. Halangan2 yang datang belum dapat aku ketepikan, lebih2 lagi halangan kewangan dan sikap manusia yang memandang tidak melihat, berotak tidak berakal.

Banyak lagi yang membuat aku sedih, sebak, sayu dan jauh hati. Tapi biarlah, kalau itu ujian yang ditentukan, aku terima seadanya. 

Yang penting, Raya tahun ini aku tetap nak raya macam dulu2 jugak. Selagi terdaya aku takkan lepaskan keseronokan raya. Apa yang seronoknya? Hanya Allah Taala saja yang tahu. 

Kepada para pembaca blog ini, jika ada, aku mohon ribuan ampun dan maaf zahir batin jika ada sebarang kata  bicaraku yang mengguris hati kalian. Semoga kita semua mendapat kebahagiaan, kegembiraan dan  keberkatan dari NYA di hari mulia ini.

Jumpa lagi, wassalam.

Tuesday, September 8, 2009

Blog Update

It has been more than a week since I last updated my blog.
Infact, none in September.

A lot have happened this past week.

But I just don't feel like updating.

Monday, August 31, 2009

Kuih Bakar Labu...ish ish ish

Hari Khamis lepas, aku dapat mengular sekejap. Ngam-ngam 12.30 tgh aku keluar. Peluang yang ada aku tak lepaskan. Terus aku telefon akak yang jual kuih bakar tu.

"Kak, kuih bakar labu ada? Saya nak 10 biji..." Tanya aku.
"Labu takde....dah abis" Jawab akak tu.
"Haah..dah abis? Jagung ada?"
"Jagung pun dah abis dik...tinggal pandan je.." Jawab akak tu, selamba je bunyi suara dia, macam dah biasa dengar soalan macam tu.
"Tinggal pandan je? Alahai...ok lah, pandan 10, kejap lagi saya gi amik kat rumah akak. Kat Skudai kiri kan?"
"Ye betul, 10 biji eh?" Akak tu re-confirm.

Masa tu hujan renyai-renyai. Aku sampai kat rumah akak tu betul-betul masa azan Zuhur sedang berkumandang daripada masjid dihadapan rumah akak tu. Aku beri salam. Anak lelaki dia keluar.

"Abang yang order pandan 20 eh?" Tanya anak akak tu.
"Tak la, 10 je."

Perggh...dalam hati aku. Patutla siksa sangat nak dapat labu. Pandan pun ada org order sampai 20 biji. Ingatkan aku order 10 dah kira banyak. Abis tu, berapa ajelah yang tinggal untuk pelanggan yang menunggu di stadium Larkin pukul 2.30 nanti......

Saturday, August 29, 2009

Danaraya.com

Aku bukan nak promote benda ni kat sini, tapi saja nak share excitement nya. Aku mulanya dapat email drp kawan HR group. Tengok2, modal cuma RM5. Pikir2, what the heck. Tryla.


Hari Khamis register, bayar RM5 kat sponsor aku, pas tu SMS kat dia, dia pun activate account aku. Then aku spread email kat sesape je yang ada dlm mailing list. Tetiba, hari Jumaat ada 2 org register, bayar RM5 sorang. Tup-tup aku dah untung RM5. Tak kesah la, walaupun tak besar mana, tapi aku dpt balik RM5 + RM5 untung. Aku pun terus activatekan akaun diorang. Hopefully diorang dapat good response.


So, benda ni sebenarnya nak kena rajin jugak. Hantar je email kat sesapa, kenal ke tak kenal. Mana la tau ada yang minat. Takkan takde kot, kalau hantar kat 30 org, takkan takde 2-3 org yg sangkut.
Try la, at least something is still better than nothing, kan.

Thursday, August 27, 2009

FW: Kongsi Ramai-ramai

 

 

Mahukah anda menerima limpahan RM5 setiap jam
masuk ke akaun bank anda??


Baca dulu jika anda memerlukannya.

Danaraya.com
Program yang baru dilancarkan pada 01.08.2009.
100% komisyen milik anda.


Bukan MLM tetapi menjadi reseller produk Danaraya.com. (e-book etc)
Tiada konsep siapa daftar dulu dia akan dapat banyak komisyen.
Boleh menyertainya bila-bila masa.
Siapa yang rajin berusaha dialah yang akan lebih berjaya.
100% komisyen milik anda.


Hanya
RM5.00, sesiapa pun mampu.
Tanpa melalui akaun bank admin.
Komisyen terus ke akaun bank anda.
Terima SMS apabila duit dah masyuk!!


Pelancaran sempena musim perayaan yang bakal tiba.
Jadikan Hari Raya tahun ini paling bermakna untuk anda.


Klik link dibawah!!

 

http://www.danaraya.com/?id=Don_Alfian

 

http://www.danaraya.com/?id=Don_Alfian

 

http://www.danaraya.com/?id=Don_Alfian


Jika anda takut untuk mencuba dengan kos yang mahal, inilah masanya untuk mencuba.
Hanya RM5.00.
Anda tidak akan miskin kerana RM5.00.
Anda juga tidak akan kaya dengan komisyen RM5.00.
Apa yang penting ... anda berusaha untuk kebaikan diri anda.


Klik link di bawah.

 

http://www.danaraya.com/?id=Don_Alfian

 

http://www.danaraya.com/?id=Don_Alfian

 

http://www.danaraya.com/?id=Don_Alfian

 

 

Jom la kita share pendapatan bersama.

Saja suka-suka.

Saya sedia membantu jika anda ingin tahu bagaimanakah caranya.  

 

Salam Ukhuwah

Don

 

 


Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!

 


Share Flickr photos with your friends on Messenger.
Discover the all-new Yahoo! Messenger today!


__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com

Tuesday, August 25, 2009

Kuih Bakar Labu

Hari ni dah 4 hari kita berpuasa. Semuanya berjalan lancar, tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.

Cuma pagi tadi, aku rasa anak lelaki aku badan dia agak panas. Tekak pon dah merah. So tghari tadi aku gi klinik ambik ubat. Masalahnya anak aku tu tak nak batalkan puasa. Jadi tunggulah petang nanti...

Satu hal lagi. Sudah menjadi tradisi kat keluarga aku & kilang aku, setiap kali puasa, mesti ada beli kuih bakar labu / pandan / jagung / daging kat Stadium Larkin. Kekadang tu 1st day puasa pon dah ada member yg tunggu. Tapi tahun ni, belum dapat lagi. Siapa la yg nak ke JB, kirim boleh?

Kuih bakar akak ni memang special. Sebabnya, dia cuma berniaga pada bulan Ramadhan. Pastu, orang lain bukak meja pukul 3 sampai pukul 7 baru abis. Dia bukak table pukul 2.30, kadang2 2.45 dah abis. Dasat giler. Yang tinggal cuma acar tahun. Kalau tak caya, gi la tengok kalau ada free.  (Gambar belum ada - nanti kalau dah ada yang beli, aku letakkan gambar kat sini)

Thursday, August 20, 2009

English College



EC. English College. Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Terletak di Jln Sungai Chat. Sekolah aku Form 1 - Lower Six (1979 - 1984). Sekolah kebanggaan aku dan kawan2 aku.

Tadi pagi, aku lalu depan EC. Saja nak lalu situ, nak jumpa kawan yang jual kuih gian warisan Pak Salleh, sejak zaman aku sekolah lagi. Kini Pak Salleh dah lama tak ada, anak dia ambik alih. Almaklumlah kan, lusa dah mula puasa, kang kalau teringat kuih gian tu, payah pulak nak tido malam. So aku pon terus singgah sekejap. Kuih tu dah berubah, mgkin terpaksa ikut peredaran zaman. Tapi takpe la, rasa masih ada lebih kurang.

Sambil makan kuih, aku toleh arah sekolah. EC makin cantik, bangga aku. Tapi sayang, padang depan sekolah bakal jadi jalan raya. Sekarang under construction. Jalan dibesarkan daripada depan JARO sampai kuil kat waterworks. Abis semua rumah2 kuarters kerajaan depan sekolah EC sampai ke sekolah Nong Chik lama, kena roboh. Sedih siot!!! Banyak kenangan masa sekolah dah hilang....

Nik Aziz

Nak tergelak aku baca paper semalam tentang kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang Islam yang dibawa oleh UMNO tak menjamin masuk syurga. Islam PAS aje yang masuk syurga.

Perghhhh...lawak gila orang tua ni. Betul kata Tun Mahathir, Nik Aziz ni lebih daripada manusia biasa. Sebabnya, dia boleh tentukan keimanan dan amalan seseorang. Yang macam ni masuk syurga. Yang macam tu gerenti jahanam masuk neraka. Nampaknya lepas ni aku kena minta borang pendaftaran jadi ahli PAS la, supaya boleh masuk syurga.

Kahkahkah... nak masuk syurga pun kena isi borang, lepas tu hantar kat ejen bertauliah pulak tu. Kalau hantar kat ejen lain, yang tak bertauliah macam UMNO, borang tu tak sampai pulak...Kahkahkah..lawak, lawak.

Tak payahla nak teliti-teliti lagi Majlis Fatwa. Anggap je la kenyataan Nik Aziz tu sebagai lawak bodoh minggu ini...kahkahkah....

Astro

Yes!!! Malam tadi Astro aku dah ok balik. Kejap je diorang settle problem tu, 20 minit dah dpt balik tengok Astro. Kalau macam malam tadi punya customer service ok lah jugak. Yang belah siang tu, macam hampeh.

To Astro, tengok2 balik la Customer Service Officer korang tu, kalau banyak komplen, tukar je orang lain. Yang tu bagi kerja lain yang takde kena mengena dengan customer. Kalau korang simpan jugak, lama-lama nanti buruk padahnya.

Wednesday, August 19, 2009

Astro

Mlm tadi aku geram tul ngan Astro. Rumah aku ada 2 Astro, satu atas satu bawah. Yg atas ni mmg jarang tgk. Semlm aku teringin la nak tgk sport, kat bawah takde, kat atas je. Bila bukak, semua channel x blh tgk. Not Subscribed! Banyak la not subscribe. Aku bayar mahal yg atas tu sbb ada sport. Dulu RM54.95 jek, skrg dah naik RM12 jadi RM66.95. Tapi tak blh tgk, hampeh betul!

So pagi tadi aku call la. Dah la susah nak dpt ckp dgn manusia, lagi2 ckp dgn computer. Bila dah dapat dia tanya, encik depan decoder ker? Aku kat tmpt keja, aku ckp. Kata dia tak blh, kena duduk dpn decoder jugak baru blh. Hampeh! Aku bkn tak tau, ckp je la. Smua yg kena buat bila technical error macam tu aku dah buat semlm. Tp x blh jugak. Lagi2 dia suh aku duduk depan decoder. Selalunya, klu aku ckp aku dah buat semua step yg biasa, still tak blh, diorang nnt akan buat coordination / adjustment drpd Astro. Balik umah dah settle. Ni tak.  Asik2 ulang benda yg sama.

Bangang betul la pompuan tu, tah apa nama ntah. Last2 aku geram, aku marah dia then aku letak je telefon tu. Menyusahkan aku betul la.

La Dolce Amira


Hmmm....drama ni baru abis semalam. Happy ending tapi ada sikit bab sedih bila Ariff mati. Agak tragik la jugak. Bila tengok gaya Amira kena serang tu, terasa jugak seramnya kalau benda cam tu berlaku depan mata.

Drama ni sebenarnya drama remaja. Tak sesuai dengan umur aku, tapi sesuai sangat dengan hati aku, sebab aku tak pernah rasa tua (hehehe...aku sedor diri sebenarnya). Anak dara aku suka tengok, so  aku tumpang tengok la sekali. Lagipun, bila tau pengarahnya Suhaimi Baba, aku pun terus la follow. Actually drama ni best, lain sikit daripada drama biasa. Angle-angle dia best. Lagipun, drama ni tak meleret-leret. Dialog simple dan location cantik.

Last, but not least, congrats Shumi. You are in your own class.

Tuesday, August 18, 2009

King of Pop - Allahyarham Mikael Jackson

Berita Harian hari ini memaklumkan jenazah Allahyarham Mikael Jackson akan dikebumikan 29 Ogos nanti. 29 Ogos? 11 hari dari sekarang. Meninggal 25 Jun, 29 Ogos baru nak kebumi.

Tak menasabah betul la, kesian jenazah tu kan. Takkanla siasatan tak boleh siap dalam masa 2 minggu. Siap tak siap pun, kebumi kan la dulu. Kata terer sangat, tengok dalam CSI bukan main canggih lagi. Hari ni mati, esok dah dapat tangkap pembunuhnya. Bila kena betul2 cam ni, 2 bulan pon tak tentu lagi boleh settle. Apa la punya bangang ...cakap tak serupa bikin la polis US ni....

Salam Ramadhan

Kepada semua kawan2 beragama Islam, diucapkan Selamat Menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga dengan berkatnya Ramadhan itu akan terhapuslah wabak virus durjana H1N1 tu, mana tau. Harap-harap begitulah...

Yang ada hutang puasa tahun lepas, dah bayar ke belum? Kalau belum, masih ada 2 hari lagi. Rabu & Kamis je, Jumaat dah tak boleh, dah kira hari syak. Yang ada gaduh2 dengan orang, masam-masam muka, tak puas hati, sakit hati, kecik hati, diharap bermaaf-maafan lah. Jangan ditunggu hari raya, kalau tak sempat raya, camner? Lagipun, kalau dah bermaafan sebelum puasa, Insya Allah kita akan lebih aman berpuasa. 

Lagipun, selalunya bila tiba raya nanti, bila nak bermaafan, bukannya betul sangat. Biasanya kalau orang2 muda ni, salam, pastu cakap kosong-kosong. Macam takde makna.

Jadi, saya, sebagai manusia biasa yang tak pernah lekang dari membuat kesalahan dan kesilapan, ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika ada sebarang kesalahan yang telah saya lakukan terhadap kawan-kawan semua.

Kacap Terlabik 2

Hahahaha...ada sesapa yang paham tak apa yang aku tulis kat post sebelum ni? Itu bukan bahasa Afrika atau Mongolia. Tu cakap Melayu....korang tak paham, sudah. Biarlah menjadi rahsia aku dengan member lama aku je, Feirulsha nama dia. Huahuahuahua....

Kacap Terlabik

Ka'u terngi'at da'a wakan ka'u ludu-ludu. KUDA. Ka'u ngedan ida kusa tebul kacap telabik. Ba'is selaga demba tika ro'ang kacap telabik. Ka'u pun dusah mala tak kacap terlabik ngedan ro'ang besab tak da'a ro'ang yang dampai. Ka'au ro'ang hapam ke tak pa'a yang ka'u kacap nih?

Monday, August 17, 2009

Member lama

Tadi ada member lama dari ITM, since 1984 dulu, call aku. Thanks Kai.....Lama betul tak dengar kabor berita member semua, maklumla aku ni tercampak kat Pasir Gudang sorang-sorang. Diorang semua kat KL, Penang, oversea, senangla nak jumpa. Nasib baik ada Facebook, dapat juga tengok2 perubahan kawan2.
Nanti lah, kalau ada kelapangan, bila2 naik KL, aku contact korang. 

Monday Blues

What a Monday.......as usual, don't feel like working on Mondays...sigh..

Sunday, August 16, 2009

Aktiviti Hari Ahad

Macam biasa, setiap hari Ahad aku memang lepak. Ada je projek aku nak buat. Ari ni, cat rumah. Mula dari bangun pagi, aku start mengecat depan rumah. Sebenarnya dah tak banyak. Tinggal sebelah je, yang sebelah aku dah buat minggu lepas. Tapi walaupun tak banyak, disebabkan tinggi, teruk jugalah aku naik turun tangga. Lebih 30 kali rasanya kot.

Ingat kan setengah hari dah boleh settle, last-last pukul 5 jugak baru siap. Tengkuk aku pun rasa macam dah tak boleh pusing2, lenguh semacam. Duduk penat, baring sengal pulak. Tapi bila menengok balik hasil kerja aku ari ni, kira puas hati sangat la. Walaupun tak pro dan ada juga comot sana sini, yang penting aku buat sendiri, dengan tangan sendiri dan kreativiti aku sendiri. (Sori gambar takde, tak sempat nak amek)

Lepas ni, tinggal belakang je lagi. Tapi bila aku nak buat? Sabtu depan dah stat bulan puasa. Tak sanggup aku nak mengecat time puasa. Pancit wooo......kalau time tak puasa macam ari ni, pancit jek aku sumbat 100 Plus, datang balik tenaga aku. 4 gelas aku togok hari ni. Tp kalau bulan puasa....cair la.....

Tengokla keadaan.....

Saturday, August 15, 2009

Drama Nur Kasih


Dalam banyak2 drama Melayu kat TV sekarang ni, saya sangat tertarik dan teruja untuk menonton dama Nur Kasih di TV3 setiap malam Sabtu. Hampir semuanya mengenai drama ini saya suka. Dari aspek lakonan, mimik muka, dialog, lokasi, cinematografi, flashback, editing, lighting dan jalan ceritanya, semuanya sangat menarik dan kemas. Cuma saya kurang berkenan, sebenarnya sangat tidak berkenan, ialah iklan yang terlalu banyak dan lama.

Malam tadi walaupun dah mengantuk sangat sebab makan pil tahan sakit gigi, tetap saya jegilkan juga biji mata supaya tidak terlepas drama ini. Terlepas juga 5 minit yang pertama. Nasib baik yang seterusnya dapat saya tonton.

Bagi peminat Nur Kasih, apa agaknya yang berlaku selepas ini? Adakah Nur Amina akan menerima Adam kembali? Bagaiman dengan nasib Katrina yang dihantar ke hospital sakit jiwa? Yang paling kesian dalam cerita ni ialah Aidil. Dengan sapa la dia nak kawin. Takkan nak kawin dengan Sarah gedik tu... apa-apa pun, kita tunggu jelah next episode..k...

Friday, August 14, 2009

Hari Jumaat 14hb Ogos 2009

Salam...

Hari Jumaat ni bermula dengan sedikit kalut. Aku bangun macam biasa. Tiba-tiba teringat anak aku ada latihan band pagi ni. Kelam kabut kejut dia bangun, suruh dia mandi dan bersiap. Tapi biasalah, dah terlewat. So aku terpaksa shoot off nak pegi keja. Last-last wife aku yg kena gi hantar. Dia masuk pun lewat sikit, takpe.

Skrg ni aku tgh siksa menanggung sakit gigi sbb gusi bengkak. Adus, kepala pun dah naik bengal sebelah. Rasa-rasa pipi dah kembung cam belon, tp aku rasa je la, tgk cermin, cam biasa je.

Ingat petang ni nak apply half day leave la, tak larat nak keja. Secondly, aku nak tido. Sbb malam ni kena jadi rukun tetangga stat kul 12 sampai kul 5 pagi. (1st time ni beb!) 

Balik ahhh....lepas semayang Jumaat, tido!!

Thursday, August 13, 2009

Lawak Bodoh

Skrg ni, selain daripada CSI dan banyak lagi cerita-cerita lain kat TV, aku suka juga menonton Astro Warna, (saluran 132) saluran komedi di Astro Mustika. Bahkan, aku memang tertunggu-tunggu beberapa rancangan yang telah disusun setiap hari. Antaranya Spontan, Gerabak, Ten Ten Ten dan Ek Eleh Afdlin.

Sebahagian orang tak paham kenapa aku suka sangat dengan rancangan2 komedi macam tu. Kononnya lawak-lawak orang Melayu ni lawak bodoh. Aku sebenarnya meluat dengan golongan Melayu macam ni, yang tak suka dengan apa yang orang Melayu boleh buat. Kalau orang Melayu buat lawak, diorang susah nak gelak, samada tak paham ataupun malu nak ketawa. Takut orang kata dia bodoh sama macam pelawak2 tu.

Jawapan aku senang. Pertamanya, sebab aku suka ketawa. Walaupun muka aku serius, tapi sense of humor aku tinggi. Aku pun jarang gelak kuat, sekadar tersenyum dan gelak2 sikit, tapi hati aku tetap seronok.

Yang keduanya, aku fikir, orang bodoh tak boleh buat lawak. Kalau dia cuba pon orang tak boleh gelak. Tapi kalau diperhalusi betol2, pelawak2 kita yang berlakon dalam 4 rancangan diatas, bukanlah calang-calang orang. Mereka sangat brilliant. Contohnya, Afdlin Shauki dan Din Beramboi yang terkenal dengan perangai biolnya dan gila-gila bahasa. Tapi orangnya bukan biol. Dia orang bijak, otaknya refleks dengan begitu pantas, tak terjangkau dek otak kita. Dalam bahasa Jawa, he's very unpredictable. Ingatkan dia nak cakap lain, tapi lain pulak yang terpacul daripada mulut Din Beramboi.

Dengar aje lah tiap pagi Isnin - Jumaat pukul 7.20 pagi, 8.00 pagi kat radio ERA. Drama sebabak lakonan Din Beramboi. Betapa cepatnya mulut Din menjawab dan membalas balik dialog oleh para pemanggil, dengan jawapan yang kelakar plak tu. Aznil tak boleh cakap apa, gelak ajelah keja dia.

Mat Salleh pun ada rancangan macam Spontan ni , iaitu Whose Line Is It Anyway? yang diketuai oleh Drew Carrey. Similar la. Kelako giler. Memang kalau orang tak brilliant, takkan jadi rancangan tu.

So kepada golongan Melayu elit yang perasan bagus tu, cuba lah bukak sikit minda korang. Luangkan masa kejap, tengok Spontan or Ek Eleh Afdlin. Memang kadang2 tak ada mesej, takde pengajaran apa-apa. Aku pun dah setkan minda aku, aku tengok rancangan macam ni bukan nakkan mesej, aku nak gelak aje. Kalau nak mesej, pengajaran , ilmu, tengokla Discovery Channel ke, Astro Oasis ke. Jangan cari mesej kat rancangan komedi.

Kalau korang tak boleh gelak tengok Spontan, aku anggap korang ni macam manusia takde perasaan la. Takpun, korang yang lebih pandai buat lawak kot. Try buat sekali depan aku, tengok aku boleh gelak ke tak.

Bak kata Pak Hamid Gurkha, "Orang kata lawak aku lawak bodo, aku pedulik hapa!"

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia


Ustaz Asri Ibrahim, ketua kumpulan Rabbani disahkan meninggal dunia pagi tadi di Hosp. Pantai Bangsar akibat serangan sakit jantung.

Sedihnya aku dengar berita ni. Hari Ahad lalu baru je tengok kat Melodi temuramah dengan Allahyarham dan rakan2 Rabbani. 

Takziah kepada keluarga beliau dan rakan-rakan Rabbani. Al-Fatihah. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman.

Hilang sebutir lagi permata berharga dalam dunia seni tanah air. Mana nak dicari suara selunak Ustaz Asri.....

Sekolah Ganti Deepavali

Semalam balik sekolah, anak aku tunjuk surat yang cikgu dia bagi. Hari Sabtu ni 15hb kena sekolah, menggantikan cuti Hari Deepavali. Mula2 yg sekolah menengah. Lepas tu yang sek rendah pun dapat jugak.

Aduhhhh....aku laki bini pening, sebab dah banyak buat planning untuk weekend kali ni. Weekend2 yg lepas semuanya terlepas macam tu je, sebab aku kerja. 1hb ada New Honda Circle In-house Convention kat ofis. Tapi ok lagi sebab Sabrina pun ada latihan pancaragam sekolah dia.

Minggu lepas, 8hb ada derma darah kat ofis aku jugak. So dah 2 weekend tak dapat nak implement aku punya plan, hopefully minggu ni dapatlah. Haiii...dapat pulak surat dari sekolah. Ni yang aku pening ni...

Nak sekolah ke tak ek? Nantilah, aku bincang lagi dengan isteri aku...

CSI Miami


Semalam CSI Miami new season start balik. Huh, tak mati Horatio rupanya. Nasib baik. Kalau Horatio takde, tak minat dah aku nak tengok CSI Miami lagi.

Wednesday, August 12, 2009

Dr M challenges Barisan to retake Selangor and other PR-held states

Tun Mahathir cabar BN rampas balik Selangor dan negeri2 lain yang telah ditawan PR.

Pada pendapat aku, bukanlah mustahil untuk BN buat macam tu. Cuma banyak perkara perlu diperbetulkan dulu. Seperti biasa, listnya memang la tersangat panjang. Aku pendekkan.

Rasuah - Hapuskan habis-habisan

Birokrasi, red tapes - Minimakan

Pemberian tender, kontrak - perlu lebih telus dan tulus

Maksiat - Lanyak betul2, penguatkuasa kena tambah, lepas tu serbu dan terus serbu. Orang kata pendekatan macam ni tak bagus, tak bertamadun. Takpe, buat je...sebab orang Malaysia ni nampaknya macam dah lajak sangat, ramai dah tak peduli halal haram.

Kadar jenayah - turunkan sebarapa minima yang boleh. Tambahkan anggota polis, tingkatkan latihan.

Ekonomi - kenapa tak boleh buat macam zaman Tun M dulu? Harga barang takde la mahal macam sekarang ni. Tengok ajela tambang teksi sekarang ni. Call RM2, bukak pintu RM3, belum jalan lagi tu. Kesian tengok orang2 yang tak mampu nak beli kereta / motor sendiri, terpaksa tanggung tambang teksi yang merepek macam tu.

Pemimpin - Kena cek dulu latarbelakang dan juga perangai sebenar para pemimpin yang nak dipilih. Betul cakap Tun, masa dia nak pilih orang dulu pun, kadang-kadang tersilap pilih, sebab Tun pun baca resume calon juga, bukannya dapat nak kenal semua dengan rapat. Bila dah terpilih barulah kenal dengan lebih mendalam. Kemudian bila dah dapat jawatan dan kuasa, masa tu barulah keluar sikit-sikit perangai yang negatif, menyebabkan rakyat jadi menyampah. So, kena lah berhati2 baca resume calon.

Aku pun, selaku  HR kat kilang ni selalu juga tertipu bila baca resume calon yang mintak kerja. Resume cantik, interview convincing, bila dah masuk kerja, kerja macam hampeh, perangai macam taik.

Actually banyak lagi isu-isu yang perlu diperbetulkan. Tapi kalau yang di atas tadi dapat dilaksanakan pun dah cukup baik. Memang peluang untuk BN rampas balik semua negeri2 tadi, Insya Allah akan lebih cerah.

Fikirkan lah....

PPSMI

Hmmm...Kementerian Pelajaran, melalui Menterinya, Tan Sri Muhyidin telah memutuskan pemansuhan PPSMI pada 2012.

Aku bukanlah nak menentang keputusan Menteri, tapi aku tak pahamla rasiionalnya. Kenapa pulak nak dikaitkan isu memartabatkan bahasa Melayu dengan Matematik dan Sains. Ini dua isu yang berbeza.

Kalau nak memartabatkan Bahasa Melayu, kenalah belajar Bahasa Melayu dengan baik supaya boleh bercakap, berbicara, menulis dengan teratur dan baik menurut nahu-nahu dan tatabahasa yang betul. Gunakan perkataan-perkataan Melayu sebenar, bukan perkataan Inggeris yang diMelayukan, melainkan kalau betul-betul dah tak ada. Fahamkan sejarah bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri.

Subjek Matematik dan Sains pula adalah untuk kita belajar tentang ilmu Matematik dan ilmu Sains yang kebanyakannya dirujuk daripada sumber-sumber luar, Amerika, Eropah, Jepun dan sebagainya. Apa kena mengena dengan Bahasa Melayu? Adakah dengan belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Melayu, boleh mencapai tahap penguasaaan bahasa Melayu dengan terpuji? 

Alim ulamak, para al-hafiz dan al-hafizah Melayu yang fasih berbahasa Arab, tetap lancar bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau nak dikatakan anak-anak orang luar bandar sukar untuk menguasai Matematik dan Sains jika diajar dalam bahasa Inggeris, tidak juga. Cuba kaji balik latarbelakang kebanyakan tokoh2 bijakpandai, ahli politik, menteri2, mana asal mereka. Ramai yang datang dari kampung, tapi cubalah bersembang dengan mereka. Rata-rata akan bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun sesama Melayu. Mana martabatnya bahasa Melayu itu? Apa...tak ada kelas ke bahasa Melayu?

Sepatutnya, rujuklah dulu kepada orang yang telah membuat dasar ini, Tun Dr Mahathir. Cuba luangkan masa membaca blog Tun (Che Det.cc). Penjelasan Tun cukup jelas dan padat. 

Saya fikir, tak ada salahnya kita teruskan PPSMI ini. Muktamad macam mana pun  boleh diubah. Ini undang-undang dunia, bukan hukum Allah. Pengekalan PPSMI  ini tak akan menjejaskan peluang BN untuk menang dalam PRU akan datang, percayalah.

DNA shows body of slain militant not Noordin Top

JAKARTA: Indonesian police say DNA tests show the body of a suspected terrorist killed in a 16-hour siege last week is not one of the region’s most wanted men.

Police official Eddy Saparwoko said Wednesday that results showed that the man killed in a shootout with anti-terrorism forces last week was not Noordin Muhammad Top, despite early media reports that he may have been slain.

Saparwoko said “the DNA test didn’t match with Noordin’s family.”

Noordin, a Malaysian, has been blamed for a series of deadly attacks in Indonesia since 2003 and is the prime suspect in the twin suicide hotel bombings in Jakarta on July 17 that killed seven people. - AP


Of course, it was not Noordin. He must be smarter than that. But Indonesia should stop pointing their fingers at us. Malaysia is not a training ground for any terrorists, instead we are giving job opportunities to their people, so that they can earn a living. I think this Noordin must have been trained elsewhere, but not Malaysia, for sure.

Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

Berita Harian 12/08/09

Rakan buka seluar mangsa, cedera buah zakar dengan pisau lipat

ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin. 

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter.

iMuhammad Amir berkata, sebelum kejadian itu dia ditumbuk beberapa kali di muka dan kemudian seluarnya ditanggalkan serta buah zakarnya ditoreh oleh rakan sekelas semata-mata kerana mahu mengambil duit syiling 50 sen dari dalam poketnya. 

Ketika kejadian dia berada di dalam bilik darjah kerana mahu mengambil kotak pensilnya yang tertinggal. 

"Sebelum itu di kantin sekolah dia meminta wang tetapi saya enggan menyerahkannya dan terus masuk ke bilik darjah untuk mengambil kotak pensil kerana waktu sekolah sudah tamat.

"Dia tidak berpuas hati dan mengikut saya ke bilik darjah sebelum bertindak demikian. 

"Saya tidak mampu melawan dan hanya mampu menahan sakit ketika darah keluar dengan banyak hingga membasahi seluar saya sementara menunggu bapa mengambil saya pulang dari sekolah," katanya ketika di temui di sini, semalam. 

Muhammad Amir terpaksa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. 

Bapa mangsa, Amri Rod @ Jamil, 41, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendapati seluar anaknya berlumuran darah. 

"Ketika membuka seluarnya saya dapati ada kesan luka dan meminta penjelasannya mengenai kejadian itu sebelum membawa anak saya berjumpa guru kelasnya," katanya.


Haiiii...apa nak jadi bebudak zaman skrg ni... baru tahun satu dah nak jadi penjenayah....Para ibu bapa semua...tolonglah...tengok2 sikit apa yang ada dalam beg sekolah anak2 anda....ambil berat sikit.

Goji Yumberri

Entah kenapa, semalam lepas mandi, terus bersin2 ...aku dah saspen...takutla kalau2...ish selisih malaikat 44 eh. Lepas makan malam, terus kena Goji Yumberry sebungkus....tak sampai 5 minit, terus hilang selsema aku....Agaknya mungkin sebab dah 3 hari aku miss minum goji la, pas tu abuk banyak sgt skrg ni, jiran depan rumah tengah buat renovation, jerebu lagi....

Tuesday, August 11, 2009

Blood Donation Campaign




Last Saturday, aku berjaya lagi sekali organize Blood Donation Campaign untuk kali yang ke3 kat kilang aku.

Aug 08 dapat 47 donors, Feb 09, dapat 50, this time round dapat 48 donors. Ok la tu, at least bebudak kilang aku dapat jugak derma darah diorang. Nak harapkan pegi hospital or kadang2 ada kat shopping mall, nasib2 la, tak tentu ada..Walaupun tak sampai 50% daripada total population kat kilang aku, at least kami dpt jugak membantu di musim2 perayaan tak lama lagi ni... 

Virus Jahanam H1N1

Menurut paper hari ni, dah 32 org mangsa H1N1 tewas kat Malaysia kita ni. Saspen betul la.

Apa yg boleh kita buat? Pakai mask? Huh, aku pakai 2-3 minit, dah lemas macam nak pengsan. Betul ke pakai mask boleh menidakkan risiko terkena virus jahanam tu? Mungkin boleh, sikit la. Tapi aku rasa, kita semua tetap terdedah kepada macam2 risiko penyebaran virus tu dgn cara-cara lain, spt sentuhan, udara dsb nya. Itulah masalahnya.

Macam mana nak elakkan dari pegi keluar berjumpa dgn orang? Pegi keja kena jumpa org, pegi sekolah jumpa org. Kita tak pegi, anak kita pegi, balik rumah kita jumpa plak dengan anak kita. Mustahil kita boleh mengelak dari berjumpa dgn org.

Yang penting, kebersihan kena jaga. Makan minum, pakaian kita, rumah kita, semua kena bersih. Dan yang paling penting, hati kena bersih beb...Insya Allah, Tuhan akan melindungi kita daripada apa jua kemudaratan kalau hati kita bersih, tiada hasad dengki sesama manusia. Ingat kat Dia, tawakkal, doa. Virus jahanam tu takkan boleh dekati kita, kalau Allah tak izinkan...

Aktivit Malam - Cat Rumah



Malam tadi baru siap cat feature wall kat dapur, peghhh....cantik wa cakap lu. Malam ni tengokla keadaan, kalau larat, aku nak sambung kat dapur belakang plak...itu pun kalau larat la. Tp rasa macam tak boleh...sbb malam ni ada RAW kat ASSP. Aku ni peminat wrestling tegar, sejak dari umur 11 tahun....sebut je nama mana2 wrestler, semua aku kenal....nak wat camne..dah minat. Tapi aku minat tengok kat TV je la...tak penah pon aku wrestle ngan sesapa. Org minat bola, aku minat jugak...tapi aku minat wrestling, tak ramai yg minat, takpe la...asal aku bahagia. 

So? So, confirm la aku tak boleh mengecat malam ni.. hehehehe

Telekom Malaysia

Just come back from TMPoint. Complained tentang my telephone bills...hari tu dah upgrade package...Streamyx Combo..so dapatla line telefon free, no rental...tup-tup dapat bill still kena rental Lets Talk RM38...apa barang?...Cek-cek, salah diorang, tak update system, tp bottom line, aku kena bayar jugak Rm38 tu bulan ni...bulan depan baru takde...haru betulla TM ni...aku rasa nak marah jugak asalnya...tp dek layanan baik dan mesra, aku diam je lah...nasib baik diorang nak cooperate untuk waive kan caj tu bulan depan. Kalo ikut kata TM kat no 100 tu, bulan depan pon kena.... Entahla...kita ni sebagai pengguna, memang selalu terkena...

Introduction

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Percubaan pertama...tak pernah terfikir pun nak jadi blogger, but today, for no solid reason, I started this blog.

Introduction - some old friends of mine used to call me Don, back in 1986-87. Kinda like that name. So, anda semua juga boleh memanggil saya Don.

Age .... already matured,no question about that, I guess. 

Married - 2 kids (Girl 13 yrs, Boy 8 yrs)

Wife - novelis (baru bertapak - novel ke2 dlm proses penyuntingan)

My career - bergelumang dalam dunia pekerjaan sejak 1988 until now. Job nature - accounts, admin & HR. (It's boring actually, but that's what I chose when filling the form for IPTA back in 1984. Nobody's to blame but me)

There's more to tell, but I got to go now...see ya